Saingan bola sepak Asia Tenggara dikejutkan dengan hasrat kelab Thailand untuk mendapatkan khidmat bekas pemain Barcelona, Bojan Krkić bagi menghadapi saingan musim baharu.

Dua kelab iaitu Lamphun Warriors yang beraksi dalam saingan Thai League 2 dan Port FC yang beraksi dalam saingan Thai League 1 dikhabarkan berminat untuk menandatangani Bojan.

Dengan reputasi sedia ada serta pernah beraksi dengan beberapa kelab ternama di Eropah, sudah pasti kelab perlu mengeluarkan dana yang besar dari segi gaji sekiranya mahu meyakinkan Bojan bagi menyertai mereka.

Menurut perkongsian Asean Football di laman media sosial Twitter, gaji yang perlu dibayar oleh kelab sekiranya mahu menandatangani Bojan Krkić ialah sebesar $35 Ribu atau RM144 Ribu.

Pemain berusia 30 tahun itu ketika ini berstatus ejen bebas setelah meninggalkan kelab Major League Soccer (MLS), Montreal Impact.

Selepas meninggalkan Barcelona pada 2011, Bojan beraksi bersama AS Roma, AC Milan, Ajax Amsterdam, Stoke City, Mainz 05 dan Alaves.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia Tenggara di sini:

Bekas ‘Wonderkid’ Barcelona, Bojan Krkić Adakan Perbincangan Dengan Kelab Thailand

JDT Bayar RM1.6 Juta Dapatkan Khidmat Bergson Secara Tetap

Selepas Tandatangani Kontrak Lanjutan, Nick Swirad Tinggalkan Nongbua Pitchaya