Pemain pertahanan dari Sepanyol, Alfonso de la Cruz telah membuat aduan rasmi ke badan bola sepak dunia, Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berkenaan tunggakan gajinya yang masih belum dibayar oleh kelab Liga 1 Indonesia, PSS Sleman.

Sebelum ke PSS Sleman pada tahun 2019, Alfonso pernah beraksi dalam Liga Malaysia bersama pasukan Selangor pada musim 2018. Beliau menandatangani kontrak selama selama dua musim dengan kelab yang diberi jolokan ‘Elang Jawa’ itu.

Namun begitu, pada musim keduanya, berlaku perubahan dalam pemilikan kelab sehingga menyebabkan beliau dilepaskan daripada pasukan tanpa sebarang perbincangan.

Menurut Alfonso, dia masih memiliki kontrak selama satu tahun (2020) secara sah yang sepatutnya masih dibayar gaji oleh pihak PSS Sleman. Bagaimanapun, sampai sekarang beliau masih belum menerima haknya.

95e9c91b4a1e4f3faac3696721afc61d
Aksi De la Cruz ketika mewakili Selangor pada musim 2018.

Malah, pemain yang berusia 34 tahun itu turut mendapat sokongan penuh daripada FIFA dan PSS Sleman kini berdepan risiko digantung daripada aktiviti bola sepak.

“Saya tidak tahu apa yang terjadi di Indonesia, tapi PSS Sleman tidak terlalu baik dengan saya. Saya ada kontrak dua tahun, tapi mereka tidak bincang denganku. Ini situasi yang buruk,” kata Alfonso kepada VocketFC.

“Jadi, FIFA akan berbincang dengan PSS Sleman tentang saya. FIFA akan meminta PSS Sleman untuk membayarkan gaji saya. Jika tidak, PSS Sleman akan menghadapi masalah yang besar. Sudah satu tahun, dia tidak bayar saya. Sampai sekarang tak dapat lagi,” tambahnya.

Selain itu, FIFA juga memberi bayangan kes ini akan berpihak kepada Alfonso jika PSS Sleman gagal menyelesaikan tunggakan gaji seperti yang ditetapkan.

“PSS dengan presiden baru tidak membayar gaji saya. FIFA mengatakan kepada saya, saya boleh menang kes ini dan PSS harus membayar penuh,” jelasnya.

Sepanjang bersama PSS Sleman, Alfonso telah tampil dalam 21 perlawaanan dan membantu kelab itu menghuni kedudukan ke 8 dalam saingan Liga 1 musim 2019.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah. 

Beberapa Perlawanan Liga Vietnam 2021 Terpaksa Ditangguhkan Kerana Peningkatan Kes COVID-19

Cerezo Osaka Semakin Hampir Lengkapkan Perpindahan Dang Van Lam

ACL 2021: JDT Bakal Berentap Dengan Juara Liga Super China