Isu tunggakan gaji bukan sahaja dihadapi oleh Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA) malah permasalahan tersebut turut dihadapi oleh pasukan lain. Terbaru, Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) dikhabarkan sedang menghadapi tunggakan gaji pemain selama empat bulan.

Isu yang dihadapi oleh FAS ini mula diketahui selepas beberapa pemain Sarawak memuat naik status di laman media sosial mereka dengan caption memberi bayangan sudah empat bulan mereka tidak menerima gaji. Antara pemain yang meluahkan perasaan di laman media sosial ialah penjaga gol pasukan, Shaiful Wazizi dan pemain pertahanan, Abdul Rahman Ismawi.

Rahman Sarawak

Seperti yang kita sedia maklum, pasukan Sarawak menghadapi saingan musim 2019 dengan bajet yang sedikit kurang berbanding musim sebelumnya. Namun, perkara ini tidak boleh menjadi alasan mengapa gaji pemain lambat dibayar sehingga mencecah empat bulan.

Apa yang pasti, FAS perlu segera mencari jalan penyelesaian agar naib pemain tidak tergantung dan mereka boleh meneruskan hidup seperti biasa.

Baca artikel lain mengenai isu tunggakan gaji pasukan Liga Malaysia di sini:

Exco MUSA Gunakan Kekerasan Terhadap Pengkritik Persatuan?

Presiden MUSA Beri Jaminan Gaji Pemain Melaka Dilunaskan Hujung Bulan Ini