Isu tunggakan gaji yang dihadapi oleh Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA) nampaknya masih belum diselesaikan apabila pemain pasukan Melaka United dikhabarkan masih belum menerima sebarang bayaran gaji sejak empat bulan lalu.

Perkara ini kembali menjadi perbincangan setelah ketua pasukan, Shukor Adan telah memuat naik satu gambar di laman media sosial Instagram miliknya dan meletakkan caption para pemain telah bekerja dengan keras bagi memastikan Melaka layak ke peringkat suku akhir meskipun belum menerima bayaran gaji.

Sebelum ini, MUSA menjelaskan persatuan itu menghadapi kesukaran untuk membayar gaji pemain kerana kecuaian pihak penaja dimana mereka lambat untuk menyalurkan wang penajaan kepada badan tersebut. Timbalan Presidennya, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi berkata wang tajaan yang dijanjikan pada bulan Jun lalu masih belum diterima.

MUSA kemudiannya memberikan jaminan isu tunggakan gaji yang dihadapi oleh pasukan akan diselesaikan selewet-lewatnya Ogos hadapan. Presiden MUSA, Adly Zahari sberkata pihak pengurusan akan membayar tunggakan sebulan gaji kepada pemain pada hujung bulan Julai dan akan menyelesaikan baki tunggakan pada bulan Ogos.

Namun, jaminan yang diberikan oleh MUSA nampaknya hanya ‘sembang kosong’ belaka dimana pemain masih lagi belum menerima bayaran gaji.

Dalam saingan Piala Malaysia, Melaka United mengesahkan kemaraan setelah meraih keputusan seri 2-2 ketika berdepan PDRM FA semalam. Di peringkat suku akhir, skuad bimbingan Zainal Abidin Hassan ini akan berdepan pasukan Pahang.

Baca artikel lain mengenai isu tunggakan gaji pemain Melaka United di sini:

Penaja Punca Pemain Melaka United Tidak Dibayar Gaji

Zainal Abidin Mahu Pemain Melaka United Kembali Fokus

Nidzam Adzha: Tiada Boikot Daripada Pemain Melaka United