Nama Lee Nguyen mungkin tidak asing dalam saingan Major League Soccer (MLS) dimana beliau pernah beraksi bersama beberapa buah kelab dalam saingan bola sepak di Amerika Syarikat.

Menurut laporan dari Bonga Plus, pemain itu yang kini menyarung jersi Inter Miami, pernah menarik minat beberapa kelab besar dalam saingan V.League untuk membawanya ‘pulang’ beraksi namun kekangan permintaan gaji yang terlalu tinggi telah membuatkan kelab-kelab itu ‘turn-off’.

Pemain berusia 33 tahun itu kini dikatakan menerima gaji sekitar RM178,000 sebulan bersama Inter Miami pastinya Lee Nguyen mampu menaikkan nama kelab dengan status dimilikinya tetapi dari perspektif sumbangan profesional masih lagi berisiko.

Dengan jumlah gaji itu, kelab di Vietnam mampu untuk mendapatkan pemain ‘luxury’ lain berusia 25 hingga 28 tahun selama 3 musim dan ini dilihat sebagai satu pilihan yang lebih bijak.

Lee Nguyen pernah beraksi dalam saingan liga bola sepak Vietnam selama 3 musim sekitar 2009 hingga 2011 bersama HAGL dan Becamex Binh Duong, sebelum kembali ke Amerika Syarikat menyertai New England Revolution.

Ketika beliau beraksi dengan kelab di Vietnam 9 tahun yang lalu, Lee Nguyen dilaporkan menerima gaji sekitar USD10,000 atau RM40,000 sebulan.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Jersi ‘Fullset Player Issue’ Vissel Kobe Dijual Pada Harga RM1,320 Sehelai Kejutkan Peminat Bola Sepak Malaysia

Pemain Pertahanan Juara AFC Cup 2019, Khalil Khamis Sertai Pasukan Pahang FA Musim 2020

10 Pasukan Sah Bersaing Dalam ASEAN Club’s Championship 2020, Tiada Wakil Dari Malaysia Dalam Edisi Sulung

Sumber