Sebuah kelab yang menamatkan saingan V.League musim 2021 dikedudukan ke-3, Than Quang Ninh sah tidak akan beraksi dalam saingan musim 2022 apabila gagal memenuhi sekurang-kurangnya 3 kriteris perlesenan kelab yang telah ditetapkan oleh Vietnam Football Federation (VFF).

Dalam artikel yang dikeluarkan oleh portal sukan terkenal negara itu ZingNews semalam, 3 kriteria yang menjadi masalah utama kelab itu adalah kewangan, cukai dan pembangunan pemain remaja yang gagal dikemukakan oleh pihak pengurusan Than Quang Ninh.

Menurut artikel itu lagi, kelab juga mempunyai tunggakan bayaran gaji, bonus dan sebagainya berjumlah VND70 bilion atau sekitar RM12.7 juta sejak tahun 2019.

Ketika ini hampir semua pemain-pemain Than Quang Ninh perlu mencari pasukan baru untuk meneruskan karier bola sepak mereka dalam sainga V.League.

Ada juga para pemain yang mengambil keputusan untuk keluar dari kelab dengan ‘tangan kosong’ mencari pasukan baru dan mengambil khidmat guaman bagi melindungi hak mereka.

Dikatakan kelab ini akan ditutup dan diumumkan bangkrup sebelum ‘dipulangkan’ kepada province bagi mencari pihak lain yang akan mengambil alih pasukan.

Than Quang Ninh pernah beraksi dalam saingan AFC Cup 2021, berada dalam kumpulan G, mengutip 4 mata selepas tamat perlawanan peringkat kumpulan.

Tahniah kepada pihak VFF kerana berani membuat keputusan yang betul mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

Baca juga artikel-artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.

Worrawoot Srimaka Tunai Nazar Lari Keliling Padang ’10 Round’ Selepas Menang Dengan Laos.

Luqman Hakim: “Sebagai Striker, Mesti Orang Target Punya. Saya Kena Bijak Dan Jangan Ambil Mudah.”

Kelayakan Piala Asia B-23: Azfar Terus Jadi Wira Negara Raih Tiga Mata

Sumber