Ketua jurulatih Thailand, Akira Nishino membuat keputusan untuk mengugurkan dua pemain selepas mereka gagal lapor diri di kem latihan pusat sebagai persiapan menghadapi kempen Kelayakan Piala Dunia 2022.

Mereka adalah pemain kacukan Thailand-Jerman, Philip Roller dan Teeraphol Yoryoei dari kelab Samut Prakan. Skuad Gajah Perang itu kini hanya disertai oleh 23 pemain selepas mereka turut kehilangan penyerang utama, Teerasil Dangda kerana kecederaan.

Roller adalah antara tonggak utama pasukan itu dan pernah beraksi menentang Malaysia ketika dalam saingan AFF Cup 2018.

Bagaimanapun, Akira tidak bercadang untuk memanggil pemain baharu bagi menggantikan tempat mereka kerana beliau kesuntukan masa untuk membuat persiapan rapi.

“Saya sangat gembira dapat melihat mereka kembali dan kami akan kembali bekerja sama-sama. Saya tak ada masa nak panggil pemain lain dan kita akan memberi tumpuan pada barisan yang sedia ada,” kata Akira Nishino.

Selain itu, kem Thailand turut resah apabila seorang lagi tonggak utama, Chanathip Songkrasin terpaksa berehat selama 3 minggu selepas mengalami kecederaan lutut ketika beraksi dalam perlawanan J. League minggu lepas.

Namun begitu, Chanathip tetap menyertai pasukan itu di Kelayakan Piala Dunia 2022 walaupun mempunyai masalah dari segi kecergasan.

Thailand kini berada di kedudukan ketiga dalam kumpulan G selepas mengutip 8 mata dalam 5 perlawanan. Mereka terdesak untuk memenangi perlawanan di Dubai bagi merebut slot automatik ke Piala Asia 2023.

Mereka dijadualkan bertemu Indonesia pada 3 Jun dan tuan rumah, UAE pada 7 Jun sebelum menutup kempen kelayakan bertemu Malaysia pada 15 Jun.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah. 

Bek Kental Penang, Ryuji Utomo Dipanggil Sertai Skuad Indonesia Hadapi Kelayakan Piala Dunia 2022

UAE Rancang Benarkan Kemasukan Penyokong Untuk Kelayakan Piala Dunia 2022

Korea Utara Tarik Diri Daripada Kelayakan Piala Dunia 2022, Bakal Beri Impak Pada Kedudukan Pasukan