Semalam skuad bawah 18 tahun (B-18) Vietnam tewas 1-2 kepada Kemboja yang menyaksikan mereka gagal menempah tiket ke peringkat separuh akhir kejohanan AFF B-18 di halaman sendiri.

Kekalahan itu bukan sahaja mengundang pelbagai kecaman dan kritikan dalam kalangan penyokong Vietnam tetapi turut menyebabkan pengendali pasukan itu, Hoang Anh Tuan terpaksa meletakkan jawatannya kerana mengakui bertanggungjawab di atas kegagalan tersebut.

“Selepas Vietnam tidak berjaya mara ke peringkat separuh akhir kejohanan AFF B-18, jurulatih Hoang Anh Tuan telah memaklumkan peletakan jawatannya selaku ketua jurulatih Vietnam B-18. Persatuan Bolasepak Vietnam (VFF) ingin mengucapkan terima kasih di atas sumbangannya dan berharap beliau berjaya di masa depan,” kata kenyataan daripada VFF.

maxresdefault (3)

Selepas mencatat kemenangan ke atas Malaysia dan Singapura, mereka mengalami kekalahan besar 1-4 kepada Australia dan kemudian terikat tanpa jaringan dengan Thailand. Dengan hanya mengumpulkan 7 mata, ia masih tidak cukup untuk memastikan kemaraan mereka ke peringkat seterusnya.

Malah, ini merupakan kali pertama dalam sejarah bola sepak Vietnam apabila mereka tewas kepada Kemboja dan ia dianggap sebagai keputusan yang amat memalukan.

“Kami kalah dan sudah tersingkir. Pemain saya bukannya lemah cuma mereka ini kurang sabar. Saya tiada apa-apa lagi alasan untuk kekalahan ini. Saya akui mereka gagal manfaatkan beberapa peluang terhidang di depan mata.

“Tapi kami masih mempunyai beberapa pemain muda yang berpotensi selepas zaman Quang Hai dan Cong Phuong. Cuma mereka memerlukan masa untuk belajar dan berlatih,” kata ketua jurulatih Vietnam B-18, Hoang Anh Tuan dalam VN Express.

U18-Việt-Nam-Hoàng-Anh-Tuấn
Jurulatih Vietnam B-18 sudah menghantar surat peletakan jawatannya.

Aksi separuh akhir kejohanan AFF B-18 akan berlangsung pada hari sabtu ini (17 Ogos 2019) yang melibatkan pasukan Indonesia, Myanmar, Australia dan Malaysia. Indonesia selaku juara kumpulan A dijadualkan bertemu Malaysia manakala Australia akan menentang Myanmar.

Sumber