Pasukan Perak dikhabarkan gagal mendapatkan khidmat Hussein El Dor bagi memperkuatkan benteng pertahanan bagi menghadapi baki saingan Liga Malaysia musim ini.

Menurut perkongsian wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Perak dan El Dor tidak dapat mencapai kata sepakat sekaligus tidak dapat mendatangkan pemain itu ke Ipoh.

Meskipun tidak dapat menandatangani El Dor, namun Perak mempunyai perancangan yang lain apabila mereka difahamkan bakal mendapatkan khidmat seorang lagi bekas pemain iaitu Jad Noureddine.

Jad menyertai Perak dari kelab Lubnan, Safa FC pada pertengahan musim 2018 dan beliau membantu skuad The Boss Gaurus memenangi Piala Malaysia 2018 dengan menewskan Terengganu di pentas akhir.

Beliau kemudiannya kembali beraksi bersama Safa pada musim berikutnya sebelum menyertai Al-Ahli yang beraksi di Liga Bahrain secara pinjaman tahun lalu.

Selain Jad Noureddine, Perak turut dilaporkan bakal menandatangani seorang lagi pemain dari Lubnan iaitu Samir Ayass selain Charlie Machell dari England.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:

Pengalaman Alif Samsudin Ditagih Bantu UiTM FC

Shakir Hamzah Semakin Hampir Sertai Lion City Sailors

Shahrel Fikri Terpaksa Lupakan Baki Saingan Musim 2021