Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Manchester City gagal mendapatkan Harry Kane dan Cristiano Ronaldo dalam perpindahan lalu.

Dan kini mereka sedia menjadikan Ferran Torres sebagai penggempur utama pasukan mereka.

The Athletic melaporkan bahawa, persediaan untuk menjadikan Ferran Torres sebagai penyerang utama sudah dilakukan sejak tahun lalu.

Kejurulatihan Pep Guardiola memberikan bantuan dari segi latihan takktikal kepada pemain itu.

Sementara itu, Ferran Torres juga banyak belajar daripada Sergio Aguero dari segi teknikal serta cara bermain dalam sistem Guardiola.

Aguero juga mengajar Torres cara untuk melakukan larian tanpa bola sebagai seorang penyerang.

imgonline-com-ua-CompressToSize-D9cRxHxHYcq-696×418

Jadi, Ferran Torres kini adalah penyerang utama. Oleh kerana dia bukan pure no.9 maka dia digelar false no.9.

Diharap ilmu yang diturunkan oleh Aguero itu akan dapat diterjemahkan oleh Torres sebaiknya.

Ferran Torres musim lalu dalam proses adaptasi dan sukar untuk menjaringkan gol yang banyak. Namun pada akhir musim, beliau menunjukkan taringnya.

Torres juga beraksi cemerlang dalam aksi pembukaan Man City musim ini.

Manchester City cuma ada Gabriel Jesus sebagai penyerang berpengalaman yang bermain no.9.

Selain daripada Ferran Torres, City turut memiliki pemain seperti Raheem Sterling dan juga Kevin De Bruyne yang pernah bermain peranan tersebut dalam beberapa musim ini.

Manchester City musim ini berusaha untuk mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan dalam usaha untuk memburu Liga Juara Juara Eropah pertama dalam kelab mereka.

Baca juga artikel

RASMI: Premier League Benarkan United Daftarkan Ronaldo No.7, Cavani Tukar Ke No.21

Ronaldo Pecah Rekod Ali Daei Dan Kejar Rekod Datuk Soh Chin Aun

Mbappe Tolak Tawaran Kontrak Lanjutan €45 Juta Semusim, Lebih Tinggi Dari Gaji Messi & Neymar

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group