Ketua jurulatih pasukan kebangsaan, Tan Cheng Hoe menyatakan gabungan pemain muda dan senior nyata memberi impak positif terhadap perkembangan pasukan negara.

Menurut Cheng Hoe, gabungan tersebut sekaligus memberikan indikasi bahawa pasukan negara sentiasa ada bakat yang boleh diketengahkan.

Tan-Cheng-Hoe
Sumber Gambar: Sports247.com

“Saya nampak pemain B-23 ramai yang mempunyai potensi besar untuk masa depan pasukan negara.

“Itu sebabnya saya serapkan ramai pemain muda kerana kalau kita tengok dari segi pengalaman, pencapaian dan prestasi sejak 2017, kriteria itu memberi saya keyakinan. Pemain ini satu hari nanti boleh memberikan persembahan terbaik untuk pasukan negara dan mencipta kejayaan,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Beberapa pemain daripada skuad bawah 23 tahun negara yang mencipta impak positif sepanjang tahun 2017 dan 2018 telah dipanggil untuk mewakili pasukan senior.

Akhyar Rashid
Sumber Gambar: Fox Sport Asia

Kehadiran pemain seperti Akhyar Rashid, Safawi Rasid, Syamer Kutty Abba, Dominic Tan, Adam Nor Azlin, Faizal Halim, Irfan Zakaria, Syafiq Ahmad, Syazwan Andik dan Rodney Celvin dilihat tepat pada masanya kerana mereka bakal menggantikan pemain yang lebih senior daripada mereka.

Pada masa yang sama, Cheng Hoe menggesa pemain muda yang dipanggil memberi sepenuh perhatian terhadap tiga perlawanan yang akan dihadapi bulan ini.