Cadangan untuk menggabungkan pemain Asean dalam satu pasukan untuk beraksi di pentas Piala Dunia tidak dapat dilaksanakan kerana perkara itu melanggar undang-undang yang sudah ditetapkan.

Sebelum ini, cadangan untuk menggabungkan pemain Asean dalam satu pasukannya disuarakan bagi menyelesaikan isu mengenai jumlah slot automatik yang bakal dilepaskan selepas hanya satu slot diambil bagi pasukan ke Piala Dunia apabila pasukan ASEAN bakal mewakili semua tuan rumah bersama.

Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) Datuk Windsor Paul John menegaskan cadangan terbabit tidak dapat untuk dilaksanakan.

Windsor-John

Sumber Gambar: Foxsport Asia

“Piala Dunia hanyalah untuk pasukan negara sahaja. Peraturan mengatakan saingan membabitkan antara negara.

“Jadi, sebarang kombinasi contohnya ASEAN All Star sememangnya tidak dibenarkan berdasarkan peraturan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA),” katanya menurut laporan Berita Harian.

Kesemua 10 negara anggota ASEAN bersetuju untuk berganding bahu bagi membida sebagai tuan rumah Piala Dunia 2034.

China

Sumber Gambar: Goal.com

Namun, China menyatakan hasrat untuk melakukan bidaan ke atas Piala Dunia 2030 dan situasi itu memaksa negara Asean mungkin perlu menunggu lebih lama sekiranya China memenangi bidaan terbabit.

Ini susulan Polisi Penggiliran FIFA yang tidak membenarkan negara daripada benua yang sama menganjurkan dua kejohanan Piala Dunia secara berturut turut sekaligus menyaksikan negara Asean hanya dapat membida semula bagi edisi 2038.

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group