Juara Liga Super 6 kali, Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal menentang skuad kebangsaan Nepal di Stadium Larkin pada pukul 8.45 malam ini. Perlawanan itu adalah sebahagian daripada persiapan Nepal bagi menghadapi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 bulan depan.

Difahamkan skuad Harimau Selatan bakal dibarisi oleh gabungan pemain daripada skuad senior dan JDT II kerana sebahagian pemain utama daripada pasukan itu telah dipanggil menyertai skuad Harimau Malaya untuk persiapan menghadapi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

69387216_1786418494838379_3317657065572270080_n
Pemain Nepal menjalani latihan di Johor sejak kelmarin.

Ketua jurulatih Nepal, Johan Kalin menyifatkan perlawanan menentang JDT memberi peluang kepadanya untuk menilai prestasi pemain sebelum mereka menentang Kuwait pada 5 September ini.

“Kami gembira JDT telah menerima permintaan kami untuk mengadakan perlawanan pemanas badan. Kami tidak sabar untuk menentang mereka,” katanya dalam laman web rasmi ANFA.

Sementara itu, pengendali skuad Harimau Selatan, Benjamin Mora bercadang untuk menurunkan lebih ramai pemain simpanan yang jarang beraksi dalam perlawanan kompetitif. Beliau juga menyifatkan kehadiran pasukan kebangsaan itu merupakan satu penghormatan kepada JDT.

“Kami merancang menurunkan pemain yang jarang diturunkan dalam aksi kompetitif sekali gus memberi peluang kepada pemain utama untuk direhatkan selepas mengharungi jadual padat.

“Pemain yang jarang diturunkan berpeluang merasai aksi kompetitif dan menentang pasukan antarabangsa dan sudah pastinya kami akan memperagakan aksi terbaik nanti

“Kita tahu pasukan Nepal juga dibarisi pemain berkualiti dan memiliki taktikal permainan menarik,” katanya dalam Harian Metro.

Sebelum ini, Malaysia pernah mengadakan perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Nepal pada bulan Jun lepas di Stadium Nasional Bukit Jalil dimana keputusan perlawanan memihak kepada skuad negara, 2-0.

Artikel lain berkaitan dengan JDT:

JDT Sah Kelab Pertama Malaysia Tampil Dalam Pro Evolution Soccer

Bekas Pemain JDT, Jorge Pereyra Diaz Bantu Bolivar Menangi Liga Bolivia

Rahmad Darmawan Berkongsi Kisah Menarik Perpindahan Safawi Rasid Ke JDT

Sumber