Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Bekas teman wanita Antony menuduh Manchester United bersubahat dengan Antony untuk menutup kesalahan jenayah dilakukan pemain itu.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini Gabriela Cavallin telah membuat laporan polis di Brazil berkenaan salah laku jenayah keganasan domestik dilakukan Antony.

Didakwa Pukul Perempuan, Antony Digugurkan Daripada Skuad Brazil

Dan kini dia sedang dalam proses membuat aduan kepada polis di Great Manchester agar menyiasat penglibatan Man United dalam jenayah dilakukan pemain itu.

Menurut peguam yang mewakili Gabriela Cavallin, Daniel Bialski, pada malam kejadian di hotel Grand Hyatt, selepas Antony membelasah Gabriela sehingga payudara silikonnya rosak, pemain itu mendapatkan bantuan daripada Man United.

Antony didakwa menghubungi seseorang di kelab itu. Dan mereka menghantar seorang pegawai bernama Daniel Bertolli. Dia dipercayai pegawai khas kelab United untuk membantu pemain yang memerlukan bantuan.

Ini termasuk menutup kesalahan pemain yang boleh menjejaskan imej kelab. Bertolli telah mendapatkan 2 pakar perubatan untuk membantu Gabriela Cavalin yang terus dirawat di hotel itu.

Peguam Cavallin percaya doktor itu dihantar ke hotel untuk mengelak anak guamannya daripada mendapat rawatan di hospital dan klinik berdekatan.

Jika itu berlaku sudah pastinya doktor akan bertanya siapa yang mengasarinya sehingga cedera teruk.

Gabriela Cavallin kemudian mendakwa dia kenal dengan 2 doktor tersebut, dan mereka adalah doktor kelab Man United. Lantas dia menuduh Man United bersubahat dengan Antony dalam perkara itu.

Daily Mail sudah mendapatkan penjelasan daripada Man United dan mereka menganggap dakwaan itu tidak berasas.

Gabriela Cavallin akan membuat laporan polis di balai polis Greater Manchester. Pasukan guamannya berusaha mendapatkan ramakan cctv pada hari kejadian.

Dia turut mendesak polis di Brazil untuk menyiasat Manchester United dalam kes tersebut.