Gabriel Jesus memberikan kenyataan yang sangat tegas dalam cita citanya bersama Arsenal. Di mana bekas pemain. Manchester City itu menyatakan bahawa dia mahu memenangi segala trofi bersama kelab London Utara itu.

Gabriel Jesus menukar angin dalam kariernya. Menyertai Arsenal dari Manchester City dengan nilai perpindahan £45 juta.

Ini selepas Jesus tidak mendapat jaminan bahawa dia akan mendapat lebih banyak minit perlawanan di kelab tersebut dengan kehadiran Erling Haaland.

Gabriel Jesus mahukan minit permainan kerana dia mahu beraksi di Piala Dunia 2022 pada akhir tahun ini.

Namun Gabriel Jesus tetap ada impian yang besar bersama dengan Arsenal.

Jesus berkata: “Pada akhir musim, saya mahu memenangi sesuatu di sini. Seperti mana semua orang yang berada di Arsenal.”

“Itu adalah satu satunya cara saya menempa nama di dalam lipatan sejarah kelab besar ini'” kata beliau kepada GOAL.

Gabriel Jesus menyertai Arsenal kerana dia yakin dengan projek besar di Arsenal.

“Ini adalah kelab besar dengan projek yang besar. Apabila Edu menjelaskan kepada saya tentang hasrat mereka di masa hadapan, saya sudah teruja mahu menyertai Arsenal. Ianya kerana projek mereka. Saya nak memenangi banyak trofi.”

Gabriel Jesus menjadi no.9 baharu di Arsenal. Dan peminat meletakkan harapan tinggi kepada pemain yang memenangi segala trofi domestik bersama Manchester City itu.

Selain itu Arsenal mahu menamatkan penantian untuk kembali beraksi di UCL.