Rekrut baharu Arsenal dari Manchester City, Gabriel Jesus menyimpan hajat besar susulan penghijrahannya bagi membantu kelab yang berpangkalan di London itu memenangi seberapa banyak trofi kejuaraan.

Beraksi selama enam musim bersama Manchester City dimana empat daripadanya mereka muncul selaku juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Jesus mengambil keputusan untuk melangkah pergi selepas The Cityzens membawa masuk peledak berbisa Norway, Erling Haaland.

Dengan penyerang muda dari Argentina, Julian Alvarez dikatakan turut akan menjadi pilihan Pep Guardiola, langkah untuk meninggalkan Manchester City dilihat satu keputusan ideal buat Jesus.

Kini, Manchester City hanya tinggal kenangan buat Jesus dan destinasi baharu dalam karier bola sepak beliau pastinya akan menjanjikan cabaran berbeza.

“Dalam hidup saya, saya selalu menyukai projek [dalam bola sepak]. Ketika Edu [Pengarah Teknikal Arsenal] datang untuk berbicara dengan saya, saya sangat menyukai idea-idea kelab ini,” ujar Jesus menurut laporan Goal.

Tiga orang Gabriel berada dalam satu pasukan. Kredit Foto: Arsenal

“Kemudiannya, saya cukup yakin bahawa saya akan berhijrah ke Arsenal. Tetapi, selepas saya berbincang dengan Mikel [Arteta], saya yakin 100 peratus. Kerana saya begitu percaya kepadanya. Kerana kepercayaan terhadap kelab besar ini dan saya percaya pada diri saya dan juga para pemain lain.”

“Ada ramai pemain berbakat di sini. Pemain yang sangat bagus dan pemain muda. Seperti saya juga, saya masih muda. Jadi semua orang bersama-sama dalam hal ini, seperti sebuah keluarga. Itulah yang saya inginkan.”

“Saya pernah bekerja dengan Mikel, jadi saya tahu serba sedikit mengenai idea-ideanya. Saya sangat selesa dengan kelab ini. Kami akan bermain serta berlatih dengan baik dan pada akhir musim, saya cukup yakin, kami akan memenangi sesuatu.”

“Saya ingin memenangi trofi buat Arsenal. Saya ingin memenangi segala-galanya,” tambah Gabriel Jesus lagi.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak seluruh dunia melalui pautan dibawah.

Hassan Sazali: Pertahanan Singapura Lebih Tersusun, Tak Beri Ruang Buat Penyerang Kita

Elak Pemain Berlakon Lengahkan Perlawanan, MLS Next Pro Perkenalkan Peraturan Rawatan 3 Minit

Kurniawan Dwi Yulianto Sertai Kelab Itali Sebagai Pembantu Jurulatih

Sumber