Kumpulan Sukan Fenway (FSG) telah meletakkan Liverpool untuk dijual. Ia adalah keputusan yang dramatik daripada pemilik Amerika, yang telah memiliki kelab itu sejak 2010.

FSG kini mengalu alukan tawaran untuk mana mana pembida datang mengemukakan bidaan membeli kelab Merseyside.

FSG telah memiliki Liverpool sejak Oktober 2010 apabila mereka membeli pasukan itu daripada George Gillett dan Tom Hicks dengan harga £300 juta – tetapi kini dikatakan FSG sedia menawarkan kelab itu kepada mana mana pembeli.

Gergasi perbankan pelaburan Goldman Sachs dan Morgan Stanley dilaporkan telah direkrut untuk membantu proses tersebut.

Sehingga Mei 2022, Forbes menilai Liverpool pada $4.45billion (£3.89bn) – tetapi dengan Chelsea telah dijual kepada pemilik LA Dodgers, Todd Boehly pada harga £4.25bn awal tahun ini, gergasi Merseyside itu berkemungkinan akan menuntut harga yang sepadan.

Dalam satu kenyataan yang diberikan kepada Athletic, FSG berkata ‘di bawah terma dan syarat yang betul’ mereka akan terbuka untuk menjual kelab itu.

‘FSG sering menerima tawaran minat daripada pihak ketiga yang ingin menjadi pemegang saham di Liverpool,’ tulis FSG.

‘FSG telah berkata sebelum ini bahawa di bawah terma dan syarat yang betul kami akan mempertimbangkan pemegang saham baharu jika ia adalah untuk kepentingan terbaik Liverpool sebagai sebuah kelab,’ tegas kenyataan itu.

Kumpulan Sukan Fenway dimiliki oleh John W Henry dan Tom Werner. FSG telah berjaya membantu kelab mencapai beberapa kejayaan yang luar biasa di Liverpool, terutamanya sejak pengambilan pengurus Jurgen Klopp pada 2015.

Pengurus asal Jerman itu membantu kelab memenangi gelaran Liga Perdana Inggeris, serta Liga Juara-Juara Eropah, Piala Carabao dan Piala FA.

Namun kumpulan peminat Liverpool mulai tidak menyukai FSG. Beberapa kritikan mulai dilemparkan ke atas mereka selepas pada 2019, ketika mereka cuba untuk menanda dagangan nama Liverpool.

Selain itu FSG juga terlibat dalam usaha untuk menubuhkan Liga Super Eropah.

Henry juga secara terbuka menyampaikan ucapan kepada peminat tahun lalu untuk memohon maaf atas bahagian Liverpool dalam usaha untuk pemisahan ke Liga Super Eropah yang gagal.

Selain itu, peminat juga mempersoalkan polisi perbelanjaan kelab yang tidak begitu menyokong Jurgen Klopp dalam mendapatkan pemain yang beliau mahukan.

Namun FSG tetap dianggap pemilik yang lebih baik daripada yang sebelum ini. Misalnya, mereka mendengar suara peminat dengan membatalkan projek pembinaan stadium di Stanley Park dan menaik taraf Anfield.

FSG telah membelanjakan lebih daripada £190 juta untuk projek Anfield Baharu.

Seksyen tempat duduk utama telah diubah dengan kos £110 juta sementara kerja sedang dilakukan di kaki anfield Road dengan nilai £80 juta.

Kedua-dua kerja itu akan meningkatkan kapasiti Anfield kepada hampir 61,000, menjadikannya 16,000 lebih besar daripada ketika mereka membeli kelab itu dari Gillett dan Hicks 12 tahun lalu.

Kini FSG sudah sedia untuk meletakkan Liverpool untuk dijual kepada pemilik baharu.