Pengendali dari Jerman, Frank Bernhardt hari ini disahkan telah menandatangani kontrak lanjutan sebagai ketua jurualtih UiTM FC untuk saingan Liga Malaysia musim depan.

Beliau sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke beberapa pasukan lain seperti Pahang, Melaka, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang namun memilih untuk kekal bersama UiTM FC untuk setahun lagi.

Musim ini, Frank Bernhardt berjaya membawa UiTM FC menamatkan saingan Liga Super di tangga keenam, satu pencapaian yang dikategorikan cemerlang dengan bajet terhad dan juga kekurangan pemain bintang dalam pasukan.

”Saya dengan sukacitanya memperkenalkan ketua jurulatih yang akan melatih pasukan UiTM FC bagi musim 2021.”

”Panel temuduga telah memaklumkan kepada saya calon yang berjaya merupakan jurulatih berpengalaman dan telah meletakkan pasukan UiTM FC sebaris dengan pasukan-pasukan berpengalaman pada musim 2020.”

”Jurulatih yang saya maksudkan ialah Frank Bernhardt. Pengurusan UiTM penuh yakin di atas kemampuan Frank Bernhardt untuk memimpin pasukan UiTM FC buat musim kedua dengan pencapaian yang lebih gemilang,” kata Presiden UiTM FC, Prof Dr. Azizan Abdullah.

126838961_1860176320814945_2177434178492267793_o
FOTO: UiTM FC

UiTM juga berjaya mara ke peringkat suku akhir Piala Malaysia musim ini setelah menewaskan Kelantan dengan keputusan 3-2 di peringkat 16 pasukan terakhir. Namun mereka terpaksa melupakan perjalanan mereka kerana saingan tersebut dibatalkan ekoran penularan COVID-19 yang melanda negara ketika ini.

Selain Frank Bernhardt, UiTM turut mengumumkan lanjutan kontrak kepada 9 pemain tempatan iaitu Muhammad Azfar Arif Mohd Sukri, Muhammad Azam Jais, Muhammad Afif Asyraf Mohamad Zabawi, Muhammad Faizal Mohd Arif, Ahmad Khuzaimi Piee, Muhamad Nashran Elias, Mohammad Shafiq Al Hafiz Dawawi, Muhammad Nazirul Hasif Mailang dan Muhamad Rafie Mat Yaacob.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah. 

Kedah Semakin Hampir Lengkapkan Perpindahan Rabih Ataya

Selepas 5 Tahun, Rozaimi Sah Tinggalkan JDT

Herold Goulon Kekal Bersama Pahang Musim Hadapan