Ketua jurulatih UiTM FC, Frank Bernhardt dilaporkan menjadi buruan dimana beberapa pasukan yang beraksi dalam saingan Liga Super musim hadapan mahu mendapatkan khidmat beliau.

Wartawan The Star, T.Avineshwaran mendedahkan pasukan seperti Melaka United dan dua pasukan yang dinaikkan pangkat dari saingan Liga Perdana, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang berminat untuk menjadikan Frank sebagai ketua jurulatih bagi saingan musim 2021.

Meksipun menarik minat dari pasukan lain, UiTM dilihat tidak mahu kehilangan pengendali mereka dimana kelab tersebut bersedia untuk menawarkan kontrak lanjutan kepada bekas pengendali skuad B-23 tahun negara itu.

Sebelum ini, pengendali berusia 51 tahun itu dikaitkan dengan pasukan Selangor. Namun, skuad Red Giants telah mendapatkan jurulatih baharu iaitu Karsten Neitzel yang juga berasal dari Jerman.

Frank Bernhardt berjaya membimbing UiTM FC menamatkan saingan Liga Super musim 2020 di tangga keenam, satu pencapaian yang dikategorikan cemerlang dengan bajet terhad dan juga kekurangan pemain bintang dalam pasukan.

UiTM juga berjaya mara ke peringkat suku akhir Piala Malaysia musim ini setelah menewaskan Kelantan dengan keputusan 3-2 di peringkat 16 pasukan terakhir. Namun mereka terpaksa melupakan perjalanan mereka kerana saingan tersebut dibatalkan ekoran penularan COVID-19 yang melanda negara ketika ini.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Karsten Neitzel Dikaitkan Dengan Selangor FC, Bakal Galas Tugas Ketua Jurulatih

Delegasi Pahang Rangers Lawat Pusat Latihan JDT

RASMI: MFL Umum TM Piala Malaysia 2020 Dibatalkan, Terengganu Sah Raih Slot AFC Cup 2021