Bekas ketua jurulatih skuad B-23 tahun negara, Frank Bernhardt dikhabarkan bakal menjadi ketua jurulatih bagi pasukan pendatang baharu Liga Super, UiTM FC dalam saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Frank dilihat mengendalikan UiTM ketika pasukan itu turun menentang Pulau Pinang dalam satu perlawanan persahabatan di Padang Sime Darby, Bukit Jelutong pada Sabtu lalu yang mana perlawanan tersebut dimenangi oleh The Panthers dengan keputusan 4-0.

Frank Bernhardt

Sumber Gambar: FA Penang

Sejak dipecat oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada 2017 lalu, Frank Bernhardt kembali ke Eropah dimana beliau dilantik sebagai ketua jurulatih kelab Estonia, Nõmme Kalju FC B-21 tahun pada musim 2018 lalu.

Masih belum ada sebarang pengumuman daripada pihak UiTM FC mengenai kehadiran Bernhardt pada perlawanan menentang Pulau Pinang tempoh hari. Jika beliau dilantik sebagai ketua jurulatih baharu, maka Bernhardt bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Ismail Zakaria.

Bagi saingan musim 2020, FAM mewajibkan ketua jurulatih bagi pasukan Liga Super perlu memiliki lesen kejurulatihan Pro A Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Baca artikel lain mengenai Frank Bernhardt yang telah kami sediakan di sini:

Frank Bernhardt Bakal Kendalikan Pasukan Liga Malaysia?

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group