Apabila laman sosial rasmi Fantasy Premier League mengumumkan pemenang Manager of the Week GW16 (Minggu ke-16) sebentar tadi telah menjadi tumpuan ramai pengurus-pengurus fantasy football terutamanya di Malaysia.

Apa tidaknya, selepas mengamati nama pasukan yang diumumkan itu adalah ‘Bachok Selatan’ dan lebih menarik lagi nama pengurus pasukan itu adalah Mus Tahil!

Mungkin dari segi nama pasukan dan pengurus yang digunakan itu menjadi bualan hangat 2 buah negara dalam dunia ketika ini yang faham maksud nama itu sebenarnya – Malaysia dan Indonesia. Tetapi berdasarkan nama pasukan, diyakini bahawa individu itu adalah dari Malaysia dan berkemungkinan besar berasal dari Bachok, Kelantan.

Lain pula perkara yang menjadi tumpuan orang disebelah barat serta yang tidak memahami maksud diatas.

Mereka tidak sahaja sukar untuk mempercayai kutipan 84 mata pada GW16 tetapi lebih menghairankan bagaimana Encik Mus Tahil boleh meletakkan pemain Burnley iaitu Ben Mee sebagai kapten – dan mengutip 30 mata!

Encik Mus Tahil dan pasukannya Bachok Selatan juga turut menjadi punca claim beberapa individu dari Indonesia yang percaya bahawa dia berasal dari negara itu namun masih gagal dibuktikan benar atau sebaliknya.

Berikut adalah beberapa reaksi terhadap Encik Mus Tahil dan pasukannya Bachok Selatan.

Mungkin jika anda kenal atau tahu siapa pemilik sebenar pasukan Bachok Selatan dengan nama pengurus FPL Encik Mus Tahil, sila hubungi atau maklumkan kepada kami dengan segera.

Berapa point anda GW16 hari tu?