Federasi Bola Sepak Asia Tenggara (AFF) merancang untuk meneruskan kejohanan Piala Suzuki AFF 2020 dalam format baharu pada tahun ini selepas mengambil kira situasi semasa wabak COVID-19 di beberapa negara.

Menurut laporan daripada SMM Sport, saingan Piala Suzuki AFF akan berlangsung di gelanggang neutral secara karnival. Terdapat dua negara akan diumumkan sebagai tuan rumah untuk semua perlawanan peringkat kumpulan.

AFF juga akan mengumumkan format baharu di peringkat kalah mati dimana tiada lagi perlawanan timbal balik (Home & Away) seperti edisi tahun lalu. Ia bermakna perlawanan separuh akhir hingga final akan berlangsung di gelanggang neutral yang telah dipilih.

Piala AFF Suzuki
Sumber Gambar: https://www.google.com/amp/s/mrbagaimana.com/2018/12/06/watch-highlights-thailand-2-2-malaysia-aff-suzuki-cup-2018-semi-finals-2nd-leg-on-youtube/amp/

Maklumat lanjut mengenai tuan rumah dan format baharu itu akan diperkenalkan pada Majlis Undian rasmi yang diadakan pada 10 Ogos 2021.

“Kami perlu bersiap sedia menghadapi kesan pandemik COVID-19, termasuk kemungkinan format alternatif seperti pertandingan berpusat. Kesihatan dan keselamatan pihak berkepentingan kami akan terus menjadi keutamaan apabila kami mempertimbangkan pelbagai pilihan untuk kejohanan ini.” kata kenyataan daripada Presiden AFF, Khiev Sameth.

Berdasarkan jadual sebelum ini, Piala Suzuki AFF sepatutnya diadakan sekitar April hingga Mei 2021. Namun, AFF menangguhkan pertandingan itu kepada 5 Disember 2021 hingga 1 Januari disebabkan oleh peningkatan kes wabak pandemik di seluruh dunia ditambah pula dengan kesukaran tuan rumah untuk menganjurkan perlawanan.

Pada undian tersebut, sebanyak 5 pasukan akan dibahagikan kepada 2 kumpulan. Malaysia yang merupakan naib juara Piala AFF 2018 dijangka berada dalam balang kedua.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah. 

Liga Vietnam Mungkin Ditangguhkan Hingga Tahun 2022, 14 Kelab Berdepan Risiko Bankrap

Qatar Layak Ke Peringkat Suku Akhir CONCACAF Gold Cup 2021

Bologna Tidak Terburu-Buru Untuk Menjual Takehiro Tomiyasu