Tempoh hari Footy Headlines menyenaraikan jersi utama JDT sebagai calon untuk jersi terburuk bagi Februari 2023.

Selepas satu undian dibuat di laman web tersebut, jersi JDT diumumkan sebagai jersi terburuk pada Februari menewaskan 2 lagi jersi daripada Waalkwijk dan FC Basel.

Cantik dan buruk itu sangat subjektif. Kerana jersi JDT ini masih mendapat sambutan hangat. Paling penting daripada penyokong JDT itu sendiri.

Bagi sesetengah orang ianya jersi yang cantik. Ditambah dengan pemilihan warna kelab dan juga rekaan tempat letak penaja.

Rekaan Jersi Baharu JDT Musim 2023 Dapat Pujian Peminat

Tetapi bagi komuniti Footy Headlines mereka berpandangan berbeza.

Jersi JDT itu menerima undian 39.8% daripada peminat sebagai jersi terburuk Februari 2023.

Jersi Waalwijk 22/23 kit yang diberikan di tempat kedua dengan kutipan undian 24.1%.

Sementara jersi Macron Basel 2022/2023 di tempat ketiga dengan 16.9%.

Footy Headlines merupakan laman web yang seringkali membocorkan rekaan jersi terbaru dengan peratusan ketepatan yang tinggi.

Komuniti Footy Headlines berkembang menjadi komuniti yang lebih sekadar mahu mengetahui jersi bola sepak akan datang. Tetapi kini menjadi tempat perbincangan untuk gaya hidup lelaki yang meminati bola sepak.

Mungkin jersi JDT mendapat undian sebagai jersi terburuk daripada komuniti Footy Headlines.

Melihat kepada konteks lebih luas ia juga akan menjadi publisiti kepada JDT itu sendiri sebagai sebuah kelab dari Malaysia.

Bak kata orang putih: “Negative publicity is still a publicity.”

Bagi peminat luar negara yang mungkin mencari tentang pasukan JDT, mereka pastikan akan tergamam dengan prestasi luar biasa pasukan itu di atas padang.

Ternyata benar, rekaan jersi bukan isu utama dari segi sasaran kesukanan pasukan JDT.

Di atas padang mereka setakat ini sudah memenangi 4 daripada 4 aksi Liga Super Malaysia. Dan menjaringkan 17 gol dalam proses tersebut. Cuma bolos sekali.