Spekulasi semakin kencang mengatakan legenda hidup bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo akan meninggalkan Manchester United selepas kelab tersebut hanya mampu beraksi dalam saingan Liga Europa pada musim 2022/23.

Dikenali sebagai seorang yang sentiasa dahagakan kejayaan, kegagalan The Red Devils untuk menjulang sebarang trofi pada musim lalu juga dikatakan menjadi antara sebab Ronaldo mahu meninggalkan pasukan.

Malah lebih menghangatkan lagi keadaan, Ronaldo juga dikatakan tidak akan menyertai kem Manchester United menjalani latihan pra-musim di Bangkok kerana kelab tersebut dilaporkan memberikannya masa rehat tambahan kepadanya untuk menyelesaikan isu peribadi.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Chelsea dikatakan cukup berminat untuk mendapatkan khidmat peledak berbisa berusia 37 tahun itu dimana pemilik pasukan, Todd Boehly dikhabarkan sudah bertemu dengan ejen Ronaldo, Jorge Mendes.

Namun, rakan sepasukannya di skuad kebangsaan Portugal, Jose Fonte melihat Real Madrid merupakan pilihan terbaik buat Cristiano Ronaldo sekiranya beliau ingin meninggalkan Old Trafford.

Kredit Foto: Manchester United

“Adakah dia akan kembali semula ke Madrid? Itu akan menjadi pilihan yang terbaik buatnya. Sekiranya mereka [Real Madrid] mahukannya atau tidak, itu merupakan soalan yang berbeza.”

“Apa yang saya tahu ialah dia sangat menyukai saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL),” ujar Fonte menurut laporan Goal.

“Dia percaya itu merupakan pertandingan yang terbaik di dunia dan tahu bagaimana dia perlu beraksi dengan cemerlang untuk memenangi Ballon d’Or.”

“Bercakap tentang Manchester United, saya merasakan mereka mempunyai seorang jurulatih yang sangat bagus. Saya telah bermain sebanyak dua kali menentang Ajax dan saya sangat kagum dengan cara mereka bermain dan falsafah diterapkan oleh mereka.”

“Dia [Cristiano Ronaldo] perlu untuk memenangi trofi dan bersaing untuk mendapatkan trofi untuk Ballon d’Or,” tambah Fonte lagi.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak seluruh dunia melalui pautan dibawah.

Gabriel Jesus: Saya Mahu Memenangi Segala-Galanya Bersama Arsenal

Hassan Sazali: Pertahanan Singapura Lebih Tersusun, Tak Beri Ruang Buat Penyerang Kita

Saddil Ramdani Bakal Sertai Dinamo Minsk Musim Depan?

Sumber