Jurulatih Bayern Munich, Hans-Dieter Flick, meramalkan pasukannya akan mendapat tekanan yang kuat daripada Paris Saint-Germain pada final Liga Juara-Juara Eropah 2019-2020 yang akan diadakan di Estadio da Luz.

Flick juga menyatakan para pemainnya sudah bersedia dengan gaya permainan PSG. Di mana beliau menggelar PSG sebagai pasukan ofensif kerana terkenal dengan gaya serangan mereka yang sangat membunuh.

Namun Flick menyatakan Bayern tak akan berkampung dan menunggu di kawasan sendiri sahaja.

Sebaliknya, beliau memberikan jaminan Bayern akan bermain dengan high pressing untuk mengekang pergerakan PSG.

“Kami telah menyaksikan aksi mereka menentang Lyon dan beberapa rakaman dari perlawanan menentang Barcelona dan kemudian membandingkannya.”

“PSG adalah pasukan seperti Barcelona, ​​memiliki banyak kualiti,” tegas Flick kepada UEFA.com.

“Gaya permainan PSG menampilkan beberapa permainan menyerang yang sangat langsung dan sering melibatkan bola.”

“Itulah yang penting bagi kami untuk menutup ruang mereka sehingga mereka tidak dapat bola yang banyak.”

“Kami tahu PSG mempunyai kualiti kepantasan dalam pasukan mereka,” kata pengurus dari Jerman itu.

Bayern Munich bertekad untuk merangkul gelaran keenam dalam Liga Juara-Juara Eropah.

Namun, misi itu tidak akan mudah kerana Paris Saint-Germain akan berusaha keras untuk mencatat rekod untuk menjulang trofi Big Ear untuk pertama kalinya.

Jurulatih Paris Saint-Germain Thomas Tuchel pula menyatakan beliau tidak pasti dua pemain utamanya Keylor Navas, atau Marco Verratti dapat bermain kali ini.

https://twitter.com/_AbuHayatMahmud/status/1297177307770019841

Namun Tuchel memberikan bayangan Verratti dalam kedudukan lebih baik berbanding Navas untuk diturunkan.

PSG bukan sahaja kuat di serangan. Malah di pertahanan mereka hanya bolos lima kali sahaja musim ini dalam UCL.

“Mereka hanya bolos lima kali di Liga Juara-Juara Eropah, paling sedikit dalam pertandingan ini musim ini.”

“Jadi jelas pertahanan mereka juga turut bagus sama dengan serangan yang mereka lakukan,” kata Hans-Dieter Flick.

“Kami harus bermain dengan baik. Kami mempunyai rancangan dan saya berharap dapat melaksanakannya esok,” kata Hans-Dieter Flick.