Masihkah anda ingat kisah seorang pemuda dari Malaysia yang pernah tular di media sosial apabila beliau memainkan peranan penting dalam memberikan sokongan sains sukan kepada pasukan Liverpool bagi menghadapi musim baru Liga Perdana Inggeris.

Pemuda bertuah itu ialah Firdaus Maasar yang merupakan penuntut ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang Sains Sukan dan Fisiologi di Liverpool John Moores University (LJMU).

Sejak menyambung pelajaran di peringkat Masters in Science, di University of Birmingham pada tahun 2013, beliau telah mendapat peluang untuk berkhidmat dengan beberapa kelab Liga Perdana Inggeris seperti Wolverhampton Wanderers, Huddersfield serta Liverpool.

Pengalaman yang dimiliki oleh Firdaus memberi kelebihan kepadanya apabila mendapat tawaran untuk menyertai akademi pembangunan terkemuka dunia iaitu Akademi Aspire di Qatar pada bulan November lalu.

Di sana, beliau telah bekerja dengan beberapa saintis sukan yang terbaik dalam membangunkan pemain bola sepak berkualiti diperingkat akar umbi.

firu_1589210957
Sumber Gambar: Berita Harian

Bagaimanapun, Firdaus tidak menolak kemungkinan untuk mencurah bakti bersama pasukan di negara ini pada masa akan datang.

“Sejauh mana pun saya merantau, impian terbesar saya adalah untuk bersama membantu membangunkan bola sepak Malaysia ke satu tahap yang lebih tinggi.

“Jika suatu hari nanti bola sepak Malaysia sudah bersedia untuk menerapkan aspek sains bola sepak secara serius, saya berbesar hati untuk membantu secara langsung atau tidak langsung,” katanya seperti dipetik dalam Berita Harian.

Kesimpulannya, daripada pengalaman yang dilalui oleh saudara Firdaus Maasar ia jelas sekali menunjukkan bahawa bolasepak Malaysia memerlukan penglibatan lebih ramai pakar sains sukan. Sains sukan merupakan satu cabang dalam sains yang mengkaji respons manusia terhadap aktiviti fizikal.

Sains sukan bukanlah satu bidang khas yang melatih seseorang supaya menjadi cergas dan cerdas dalam melakukan suatu permainan ataupun aktiviti dan seterusnya ditingkatkan prestasinya.

Sebaliknya ia membantu memahami tindak balas badan manusia seperti organ, sistem saraf, sistem otot, dan tenaga dalam badan semasa melakukan sesuatu sukan.

Lihat artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Malaysia melalui pautan dibawah.

MFL Sedia Laksanakan Peraturan Pertukaran Lima Pemain Dalam Liga Malaysia

Brendan Gan Yakin Skuad Harimau Malaya Mampu Menewaskan UAE

Pasukan Liga Malaysia Mahu Dapatkan Khidmat Sarach Yooyen