Juara dunia, Perancis mengalami kekalahan mengejutkan di tangan pasukan kerdil Finland dari aksi persahabatan terakhir mereka.

Perancis mendominasi perlawanan sejak dari awal dan hampir mendahului menerusi debutant Marcus Thuram, tetapi tandukan bebas beliau gagal menerjah gawang.

Perancis mempersiakan beberapa gerakan dan gagal mengubahnya menjadi gol.

Mereka pasti akan menyesalinya keran Finland menjaringkan 2 gol berturut turut dalam dua serangan pada minit ke-28 dan ke-31.

Marcus Forss meletakkan pasukannya di hadapan. Ianya gerakan solo selepas pemain Perancis gagal mengeluarkan bola dalam kedudukan hanya 2 pertahanan di belakang gol.

Forss berlari laju dan merembat masuk bola.

3 minit kemudian, Onni Valakari menjaringkan gol lebih cantik. Di mana pemain itu memintas masuk (cut inside) dan kemudian melakukan lencongan dari luar kotak penalti.

Ini pertama kali Perancis bolos 2 gol di kandang sendiri pada separuh masa pertama sejak 2015, ketika berdepan dengan pasukan Belgium.

Perancis kemudian membawa masuk Anthony Martial dan Ngolo Kante. Namun mereka tetap gaga mengubah papan skor.

Finland meraikan kemenangan bermakna mereka ke atas Perancis.

Sebagai rekod, Finland melayakkan diri ke kejohanan besar pertama mereka tahun lalu, dan kemenangan ini semestinya memberi mereka banyak keyakinan menjelang Euro 2020 yang ditangguhkan.

Baca juga perkembangan lain

Tempat Van de Beek Terjamin Di Belanda Walaupun Jadi Pemanas Bangku Simpanan Di United

Dest: Amerika Syarikat Mampu Menang Piala Dunia 2026

Thiago Silva Alami Sakit Kerana Terkejut Dengan Intensiti Dan Fizikal EPL