Finland sebelum ini merupakan negara yang sangat sedikit kes covid-19. Negara dengan populasi 5 juta penduduk itu masih menjadi negara yang kurang terkesan kerana covid-19.

Mereka baru sahaja mencatatkan kes terkumpul ke 95,387. Angka kematian mereka kini mencecah 969 kematian setakat ini — dengan 29 orang sedang berada di unit rawatan rapi.

Namun mereka kini berhadapan dengan ratusan kes harian baharu – dianggarkan dalam 300 kes baharu – yang dibawa oleh penyokong penyokong pasukan bola sepak kebangsaan mereka dari St Petersburg, Rusia.

Kerajaan menamakan kluster terbaru ini sebagai kluster Euro 2020 merujuk kepada kes virus yang dibawa oleh penyokong dari luar negara masuk ke dalam negara mereka.

Penyokong penyokong mereka pulang dari Rusia selepas Finland tersingkir awal dari peringkat kumpulan dengan aksi terakhir mereka di Euro 2020 adalah pada 21 Jun lalu berdepan dengan Belgium.

Reuters melaporkan bahawa, Jabatan Kesihatan Finland menyatakan bahawa angka kes baharu itu dijangka akan terus bertambah dalam beberapa hari akan datang.

Ini kerana sekitar 6,000 penyokong bola sepak ke Rusia untuk mengiringi skuad kebangsaan mereka. Pengarah kesihatan Finland, Mika Salmien menegaskan bahawa, ramai yang terkena virus tersebut adalah mereka yang masih belum menerima dos vaksin yang kedua.

“Melihat pecahan usia mereka, jelas sekali bahawa tidak banyak dari mereka yang menerima dua dos vaksin.”

“Persoalan utamanya adalah, adakah kita akan melihat rantaian jangkitan ini? Sekarang sepertinya kita tidak dapat bergerak ke tahap pembatasan penyebaran wabak yang lebih rendah di wilayah Helsinki.”

Kenaikan yang ketara ini membuatkan Perdana Menteri Finland, Sanna Marin memerintahkan agar semua penyokong Finland yang kembali dari Rusia harus melakukan ujian SWAB, sejurus memasuki negara itu.

Rusia sendiri ketika ini mengalami peningkatan kes covid-19 yang ketara pada ketika ini. Gara gara Euro 2020, terdapat peningkatan mendadak di Moscow dengan 8,457 jangkitan baru di Moscow dan 1,247 dicatatkan di St. Petersburg dikesan sejak kebelakangan ini.

Sempadan di antara Finland dengan Rusia sepanjang 1,340 km sebelum ini ditutup oleh kerajaan Finland dan Rusia. Namun dibuka semula dengan pengecualian khas kepada mereka tertentu. Ini termasuk kepada mereka yang mahu menyaksikan Euro 2020 di Rusia. Ramai mereka yang belum menerima dos kedua turut pergi ke Rusia.

Minggu lalu, kerajaan Rusia menyatakan bahawa negara mereka kini berdepan dengan varian delta covid-19 dan memberikan amaran bahawa varian tersebut memberikan risiko tinggi kepada nyawa rakyat mereka.

Rusia kini dalam persiapan untuk menjadi venue bagi perlawanan suku akhir Euro 2020.

Baca juga artikel

PSG Dan Deschamps Punca Mbappe Mulai Bersikap Diva Serta Besar Kepala?

Penjelasan Low Kenapa Jerman ‘Bungkus’: “Tak Bijak, Tak Kreatif, Keletihan,Tumpul”

Fernando Santos Anggap Kemenangan Belgium Tak Adil Dan Tak Sabar Nak Menang Piala Dunia 2022