Pasukan kebangsaan Filipina mungkin menarik diri daripada menyertai saingan Piala AFF Suzuki 2020 kerana saingan liga domestik yang ditangguhkan sehingga Disember ini.

Ekoran penularan wabak Coronavirus (COVID-19), Suruhanjaya Sukan Filipina mengarahkan agar semua aktiviti sukan dihentikan ataupun ditunda ke satu tarikh yang lain.

Ini bermakna beberapa acara sukan besar seperti Sukan Para Asean dan saingan liga domestik ditangguhkan sekaligus menjejaskan persiapan pasukan kebangsaan.

Filipina
Aksi Stephan Schröck ketika mewakili Filipina dalam temasya Piala Asia 2019. Sumber Gambar: ABS-CBN News

“Saingan liga perlu berehat sehingga bulan Disember, yang mana akan memberi kesan mendalam terhadap persiapan pasukan kebangsaan.

“Ketika ini kami hanya mampu menunggu dan tidak boleh membuat sebarang keputusan,” kata Persatuan Bola Sepak Filipina (PFF).

Filipina
Philippines’ defender Alvaro Silva (L) tackles South Korea’s forward Hwang Uijo as he kicks the ball during the 2019 AFC Asian Cup football game between Korea Republic and Philippines at the al-Maktoum stadium in Dubai on January 07, 2019. (Photo by Giuseppe CACACE / AFP)

Selain itu, majoriti pemain utama Filipina beraksi dalam saingan Thai League 1 dan mungkin sukar untuk mendapatkan pelepasan daripada kelab kerana Piala AFF tidak berada dalam kalendar FIFA.

Saingan Thai League akan bersambung semula pada September dan dijangka tamat pada April atau Mei tahun hadapan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia Tenggara di sini:

FAT Beri Bayangan Saingan Thai League 1 Disambung Lebih Awal

Chanathip Songkrasin Nafi Terima Tawaran Dari Kelab Di Eropah

Dominic Tan Dan Norshahrul Setuju Gaji Dipotong Oleh Pihak Kelab