Skuad kebangsaan Filipina semalam berjaya memperolehi 1 mata apabila mencatatkan keputusan seri 0-0 bertemu dengan China di Pana-ad Park and Football Stadium.

Dengan keputusan tersebut, Filipina kini mengumpul 4 mata dari 3 perlawanan dan berada dikedudukan ke 3 kumpulan A dibelakang Syria dan China.

Penjaga gol skuad The Azkals, Neil Etheridge muncul sebagai pemain terbaik perlawanan apabila bekerja keras menangkis serangan bertali arus China yang diketuai oleh pemain Espanyol, Wu Lei serta pemain naturalisasi dari Brazil Elkeson.

Neil Etheridge berjaya menyelamatkan 14 percubaan tepat pasukan China ke gawang Filipina untuk membantu The Azkals mencabar kedudukan dalam kumpulan A seterusnya merebut tempat pusingan ke 3 kelayakan Piala Dunia 2022 serta slot automatik Piala Asia 2023.

Dalam temu bual selepas tamat perlawanan, Neil Etheridge menyatakan bahawa ini adalah satu keputusan yang baik untuk Filipina walaupun masih banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki.

Sambil memuji kekuatan yang dimiliki oleh pasukan bimbingan Marcelo Lippi itu, beliau turut menyatakan bahawa skuad Filipina semakin meningkat dan akan terus mencabar dimasa akan datang.

Untuk rekod 1 mata ini juga merupakan mata pertama yang berjaya dikutip oleh Filipina selepas kali terakhir mendapat mata dalam pertemuan dengan China kira-kira 100 tahun lalu.

Filipina dalam kemaskini terbaru FIFA ranking pada 19 September 2019 berada dikedudukan 127 dunia, manakala China pula berada di ranking ke 68 dunia.

Baca juga artikel lain yang berkaitan kelayakan Piala Dunia 2022 melibatkan pasukan dari ASEAN.

Theerathon Bunmathan Sah Tidak Dapat Diturunkan Dalam Perlawanan Bertemu Malaysia Di Bukit Jalil

Teerasil Dangda Buktikan Masih Berbisa, Thailand Tumbangkan UAE 2-1 Di Bangkok

3 Mata Penuh Buat Vietnam Di Bali, Garuda Terus Kekal Tanpa Sebarang Mata