Baru-baru ini Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) memberi bayangan semua perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang dijadualkan pada 26 dan 31 Mac ini kemungkinan ditangguhkan ekoran penularan wabak Coronavirus (Covid-19) yang semakin serius.

Menurut kenyataan daripada AFC, mereka kini sedang berbincang dengan Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) untuk menangguhkan perlawanan itu pada bulan Oktober dan November 2020 namun belum mengumumkan keputusan rasmi bergantung pada situasi semasa.

Bagaimanapun, menurut laporan daripada Arena Metro,  skuad Harimau Malaya dijangka akan meneruskan latihan pusat seperti biasa bermula pada 16 Mac ini.

Malah, pengurus pasukan, Datuk Yusoff Mahadi mendedahkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sedang aturkan perlawanan persahabatan dengan dua pasukan asia tenggara iaitu Myanmar dan Filipina.

“Kita maklum mengenai perkembangan terkini isu Covid-19 dan kemungkinan besar perlawanan kelayakan Piala Dunia dengan UAE dan Vietnam ditangguhkan.

“FAM masih menunggu surat rasmi dari AFC berhubung penangguhan itu, tetapi dengan usaha FAM mencari perlawanan lain (Myanmar atau Filipina) boleh disahkan ia memang akan tangguh.

“Jadi, kita tetap akan berlatih dan kemungkinan kita akan lawan pasukan jiran. Apa yang saya dimaklumkan, kita sedang dapatkan Myanmar atau Filipina,” katanya.

Filipina
Skuad kebangsaan Filipina mungkin akan menenang Malaysia dalam perlawanan persahabatan. Sumber Gambar: ABS-CBN News

Sebelum ini, aksi perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Bahrain yang dijadualkan pada 21 Mac 2020 terpaksa dibatalkan kerana kerajaan Bahrain telah mengetatkan perjalanan keluar dan masuk ke negara berkenaan membabitkan individu-individu dari negara yang berdekatan atau berhampiran dengan wabak COVID-19 termasuk Malaysia, Singapura, Thailand, Korea Selatan dan Iran.

Menerusi surat yang diterima FAM daripada Persatuan Bolasepak Bahrain (BFA), setiausaha agungnya, Ebrahim Saad Al Buainain memaklumkan bahawa pihaknya memohon maaf kerana tidak dapat meneruskan penganjuran perlawanan berkenaan berikutan arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar dan Kementerian Kesihatan negara berkenaan.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan skuad Harimau Malaya melalui pautan dibawah.

Perancangan Tan Cheng Hoe Terganggu Selepas Pembatalan Perlawanan Menentang Bahrain

Skuad Harimau Malaya Berpeluang Kaut Hampir 40 Mata FIFA Ranking Jika Menang Semua Perlawanan Bulan Mac 2020

FIFA Ranking: Malaysia Kekal Dikedudukan 154 Dunia, Palestin Muncul Sebagai ‘Biggest Movers’