Persatuan Pemain Profesional FIFA iaitu FIFPRO semalam mengeluarkan senarai akhir pencalonan untuk anugerah pemain terbaik tahunan FIFPro.

Mohamed Salah tidak berada dalam senarai dari kalangan 23 pemain yang tercalon. Terdapat 10 pemain EPL yang berada dalam senarai akhir tersebut.

Nama Mohamed Salah dianggap sebagai kehilangan terbesar daripada senarai calon pada kali ini. Dengan mengambil kira prestasi pemain tersebut pada tahun ini.

Daripada kesemua senarai itu, hanta Trent Alexander-Arnold sahaja pemain Inggeris yang berada dalam senarai 23 akhir pada kali ini.

Juara Eropah pada musim lalu, iaitu Chelsea merupakan pasukan Inggeris menghantar calon paling ramai dengan 4 pemain iaitu Edouard Mendy, Jorginho, N’Golo Kante dan juga Romelu Lukaku.

Sementara itu, Bruno Fernandes dan Cristiano Ronaldo mewakili Manchester United dan Ruben Dia, Kevin De Bruyne mewakili Manchester City.

PSG turut menyenaraikan 4 nama dalam senarai akhir. Trio sensasi PSG, Lionel Messi, Neymar dan Kylian Mbappe tersenarai bersama dengan Gianluigi Donnarumma.

Barcelona juga tak ketinggalan menyaksikan 4 pemain mereka tersenarai dalam 23 calon akhir iaitu Sergio Busquets, Frenkie de Jong, Jordi Alba dan Dani Alves.

Anugerah ini adalah berdasarkan undian dari kalangan pemain yang berdaftar dengan FIFPRO yang di bawah seliaan FIFA.

Naib juara Ballon d’Or 2021, Robert Lewandowski antara yang menjadi calon pilihan pada kali ini selepas disingkirkan Messi dalam Ballon d’Or yang lalu.

Berikut adalah senarai penuh pencalonan untuk anugerah FIFPRO 2021:

Siapa lagi yang anda rasa patut berada dalam senarai finalis? Dan siapa yang akan anda keluarkan?

Baca juga artikel

EPL: Manchester City Tanpa Belas Kasihan Bantai Leeds 7-0

RASMI: Arsenal Pecat Aubameyang Sebagai Kapten Kerana Masalah Disiplin

Dani Alves: “Main ‘Osom’ Pun Kami Mahu Menang Inikan Pula Europa League”