Sebuah kejohanan jemputan melibatkan pasukan akademi digelar The Future Football Cup sedang berlangsung dan dijadikan medan untuk menguji 4 peraturan baru yang dipertimbangkan oleh FIFA.

Pertandingan tersebut disertai oleh pasukan remaja AZ Alkmaar, RB Leipzig, Bruges and PSV. Proses eksperimen dan penilaian ini penting untuk FIFA mengenalpasti impak 4 peraturan yang dicadangkan tersebut.

Berikut adalah 4 peraturan baru yang sedang dalam proses penilaian.

1. Hanya 30 minit setiap babak

Berbanding dengan 45 minit pada ketika ini untuk setiap babak, FIFA sendag menguji aksi 30 minit setiap babak. Di mana hanya ada 60 minit permainan sahaja.

Permainan akan dihentikans setiap kali bola ‘mati’ sepertimana sukan NBA. Ini termasuk ketika pemain menerima rawatan, ketika permainan terhenti kerana isu teknikal lain seperti pertukaran pemain.

30 m

Sebelum ini Florentino Perez pernah mencadangkan agar bola sepak dipendekkan waktunya kerana 90 minit terlalu lama membuatkan ramain audien lari kerana bosan.

2. Sepakan ke dalam menggantikan lontaran ke dalam

Sebelum ini peraturan ini dicadangkan oleh ketua pembangunan FIFA iaitu Arsene Wenger. Di mana Wenger menganggap sistem lontaran yang sedia ada tidak memberikan kelebihan kepada pasukan yang mendapatnya.

Lalu Wenger mencadangkan agar sepakan ke dalam menggantikannya — sama seperti futsal. Di mana pemain bebas untuk melakukan sepakan dari garisan tepi padang. Misalnya bola keluar dari kawasan pertahanan, pemain boleh terus melakukan sepakan ke bahagian tengah mengelak bola dirampas lawan.

jkic

Malah dalam kejohanan tersebut, dilihat ada pemain yang terus mengiring bola dari tepi padang sebaik sahaja meletakkan bola ke permukaan padang.

M1-1 (1)

3. Sin-bin

Sistem ini mirip sistem yang digunakan dalam sukan ragbi untuk menghukum pemain yang menerima kad disiplin.

FIFA dilaporkan akan meletakkan pemain di sin-bin selama 5 minit sekiranya mereka menerima kad kuning.

RB (1)

4. Pertukaran tanpa had

Satu lagi peraturan baru yang sedang diuji adalah sistem pertukaran pemain tanpa had. Di mana setiap pasukan boleh menggunakan kesemua pemain simpanan mereka.

Pada ketika ini, FIFA memberikan kelonggaran untuk liga dan pertandingan menggunakan lebih daripada 3 pertukaran ataupun lebih daripada 4 untuk aksi yang berlarutan ke masa ekstra.

Misalnya dalam Euro 2020, peringkat kalah mati membenarkan sehingga enam pertukaran.

Komen daripada pemain terlibat

Pemain AZ Alkmaar, Magaret berkata pada awalnya agak kekok dengan peraturan peraturan baru ini. Namun selepas itu mereka semakin membiasakan diri mereka.

“Awalnya memang kekok dan mengambil masa untuk menyesuaikan diri. Saya suka dengan peraturan terus menggelecek daripada situasi ‘lontaran ke dalam’ [kini digelar sepakan ke dalam]. Jadi kamu boleh terus terlibat dengan serangan.”

“Ini akan membuatkan peraminan ini semakin mencabar.”

“Saya ucap syabas kepada pegawai yang mengendalikan proses perubahan ini.”

FIFA menyatakan bahawa pertandingan ini sangat penting untuk mereka menilai impak dan kesannya kepada sukan bola sepak sebelum ianya dibentangkan ke IFAB.

Baca juga artikel

TERKINI: Barcelona Berdepan Jalan Buntu Nak ‘Tolak’ Griezmann Ke Atletico Kerana Gaji Dan Saul

Van Dijk Kecewa Dituduh Menentang Kepulangan Van Gaal Urus Skuad Belanda

Manchester City Setuju Terma Peribadi Grealish, Turut Berusaha Dapatkan Kane