Selepas membuat kajian mendalam selama lebih 2 tahun mengenai pelbagai alternatif berbeza dan melalui proses konsultansi komprehensif bersama semua konfederasi, pengurusan FIFA telah mengajukan satu formula baharu untuk mengira FIFA Ranking.

Sistem terbaru ini sudah diluluskan semalam, dan akan mula diguna pakai untuk pertama kalinya pada kemaskini sejurus tamat Piala Dunia Russia 2018 – tarikh kemaskini seterusnya adalah 19 Julai 2018.

Dibawah formula pengiraan yang baharu ini nanti akan menjadikan proses lebih intuitif dan tepat, menyingkirkan potensi manipulasi ranking, dan membuka peluang yang lebih saksama untuk meningkat kepada semua pasukan.

International Friendly – Germany vs Saudi Arabia

Sekumpulan pakar sukan dan ahli statistik telah berjaya membangunkan satu formula baharu yang berasaskan pengiraan dari Elo Method of Calculation. Formula ini akan menambah atau menolak mata dari jumlah mata sedia ada dan bukan menggunakan purata mata tahunan seperti sebelum ini.

Elo Ratings

Elo ratings telah digunakan oleh banyak sukan lain berdekad lamanya. Versi terbaharu Elo rating ini sedang digunakan oleh FIFA Ranking bagi kategori wanita.

Perubahan formula pengiraan ini juga dilihat akan memberikan impak kepada 2 perkara dibawah:

  1. Mengubah pemberat perlawanan.
  • ‘Less Importance’ kepada perlawanan persahabatan dan ‘More Importance’ kepada pusingan akhir suatu kejohanan seperti pusingan akhir Piala Dunia.
  • ‘More Importance’ kepada perlawanan dalam peringkat kalah mati berbanding perlawanan peringkat kumpulan pada pusingan akhir suatu kejohanan.

2. Tidak mengambil kira kekalahan di peringkat kalah mati dalam pengiraan.

Formula Pengiraan FIFA Ranking Terbaru

Formula untuk pengiraan SUM Algorithm adalah seperti dibawah:

P = Pbefore + I * (W – We)

Pbefore: Jumlah mata sebelum perlawanan

I: Tahap Kepentingan Perlawanan

I= 05 Perlawanan persahabatan diluar kalendar antarabangsa
I= 10 Perlawanan persahabatan didalam kalendar antarabangsa
I= 15 Peringkat kumpulan kejohanan Nations League (UEFA Nations League, CONCACAF Nations League).
I= 25 Play-off dan perlawanan akhir kejohanan Nations League
I= 25 Perlawanan kelayakan untuk kejohanan peringkat konfederasi dan Piala Dunia
I= 35 Peringkat kumpulan hingga peringkat kalah mati dalam pusingan akhir kejohanan peringkat konfederasi.
I= 40 Peringkat suku akhir dan keatas dalam pusingan akhir kejohanan peringkat konfederasi serta semua perlawanan dalam Piala Konfederasi FIFA
I= 50 Peringkat kumpulan hingga peringkat kalah mati dalam pusingan akhir Piala Dunia
I= 60 Peringkat suku akhir dan keatas dalam pusingan akhir Piala Dunia

W: Keputusan perlawanan
1 = menang; 0.5 = seri; 0 = kalah

We: Jangkaan keputusan perlawanan
We = 1 / 10(-dr/600) + 1) dengan dr=perbezaan mata diantara 2 pasukan, i.e. dr = [Pbefore of Team A – Pbefore of Team B]

Sumber