Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

FIFA mengesahkan bahawa mereka tidak akan mengambil tindakan ke atas Jerman. Ini selepas pemain mereka melakukan protes kepada FIFA dengan menutup mulut sebelum sepak mula ketika menentang Jepun.

Simbolik kepada suara mereka telah ditutup oleh FIFA dalam usaha mahu memberijan solidariti kepada kemanusiaan termasuk menyokong puak LGBT yang diharamkan di Qatar.

Jerman mengkritik FIFA yang melarang penggunaan lilitan pelangi dalam kempen OneLove yang dilancarkan di Eropah. Ini kerana ianya bertentangan dengan garis panduan FIFA dan juga undang undang di Qatar yang menganggap LGBT sebagai satu kesalahan yang boleh dikenakan tindakan perundangan.

Selain itu, kapten Jerman, Manuel Neuer tidak mengendahkan larangan FIFA dan kerajaan Qatar yang melarang penggunaan logo pelangi pada lilitan kapten. Neuer kemudian diarahkan pembantu pengadil untuk menanggalkan lilitan kapten tersebut.

Neuer kemudian menterbalikkan lilitan kapten itu agar logo tersebut tidak kelihatan atau dia akan dikenakan kad kuning kerana tindakan tersebut.

Dalam aksi tersebut Jerman kalah 2-1 di tangan pasukan dari Asia iaitu Jepun.

Jerman terlebih dahulu di hadapan menerusk gol penalti. Namun Jepun bangkit dengan 2 gol pada separuh masa kedua.

Seorang wartawan di Qatar dengan sinis menyindir: “Inilah yang berlaku apabila anda tidak fokus kepada bola sepak.”

Sebelum ini FIFA sudah menyatakan bahawa sebarang bentuk logo pelangi adalah dilarang sama sekali. Begitu juga dengan sebarang bentuk protes yang dianggap berbaur politik juga tidak dibenarkan.

Twitter rasmi pasukan bola sepak Jerman turut mempertahankan tindakan pemain pemain mereka.

Kenyataan tersebut berbunyi: “Kami mahu memakai lilitan kapten yang menunjukkan nilai yang kami pertahankan dan pegang di dalam pasukan kebangsaan Jerman: diversiti, dan saling hormat menghormati.”

“Bersama sama dengan negara lain, kami mahu suara kami didengar.”

“Ini tiada kaitan dengan kenyataan berbaur politik, tidak ada tolak ansur dalam hak asasi kemanusiaan. Itu tidak sepatutnya dipersoalkan. Sebab itulah mesej ini sangat penting untuk kami.”

“Menghalang kami memakai lilitan kapten [OneLove] bermaksud menafikan suara kami. Kami kekal dengan pendirian kami.”

Namun sumber Sky News dan BBC menyebut bahawa, FIFA tidak akan mengambil tindakan ke atas Jerman di atas apa yang mereka lakukan.