Laman web rasmi FIFA baru sahaja mengumumkan kedudukan terkini FIFA Ranking bulan September 2019 selepas kali terakhir dilakukan pada 25 Julai 2019 yang lepas.

Berdasarkan kedudukan semasa, Malaysia seperti dijangka berada pada kedudukan 158 dunia selepas pertambahan sebanyak 5.694 mata hasil dari keputusan 3 perlawanan dibawah, menjadikan jumlah kutipan mata secara keseluruhannya adalah 1,015 mata.

Screenshot 2019-09-19 at 3.55.04 PM

Malaysia Kalah 0-1 Kepada Jordan (Persahabatan)

  • Mata FIFA Ranking Malaysia telah merosot sebanyak -1.503 mata.

Malaysia menang 3-2 Keatas Indonesia (WCQ/ACQ)

  • Malaysia menang keatas Indonesia, +12.507 mata akan diperolehi.

 Malaysia Tewas Kepada UAE

  • Mata FIFA Ranking Malaysia akan merosot sebanyak -5.31 mata menjadikan jumlah akhir kepada sekitar 1014.74 mata.

Dalam perkembangan lain, Vietnam terus mengungguli negara-negara ASEAN apabila berada dikedudukan ke-99 dengan 1,231 mata dan juga wakil tunggal ASEAN dalam Top 100 dunia.

Screenshot 2019-09-19 at 3.54.48 PM

Artikel lain yang anda boleh baca untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan FIFA Ranking seperti dibawah.

Kedudukan FIFA Ranking Malaysia Dijangka Akan Naik Ke Tempat 158 Dunia

Impak Kutipan Mata FIFA Ranking Perlawanan Malaysia Bertemu Indonesia

Malaysia Paling Banyak Mengutip Mata FIFA Ranking November 2018 Dikalangan Negara ASEAN