Sebentar tadi pihak FIFA baru sahaja mengumumkan kedudukan terbaharu FIFA Ranking untuk kemaskini bulan November 2019.

Seperti diramal, pasukan Malaysia telah berjaya melonjak 4 kedudukan lebih baik dari sebelum ini dan kini menghuni tangga ke 154 dunia dengan pungutan 1,040 mata hasil dari 3 kemenangan skuad negara dalam bulan November 2019.

Secara keseluruhannya, pada bulan November 2019, kita telah berjaya menambahkan +31.12 mata menjadikan jumlah baru kepada 1,040.07 mata dan dengan angka itu kedudukan Malaysia telah naik ke kedudukan 154 dunia.

Malaysia menang keatas Tajikistan

  • Pertambahan +3.24 mata dalam kutipan mata FIFA ranking, menjadikan mata keseluruhan selepas perlawanan adalah 1,012 mata.

Malaysia menang keatas Thailand

  • Malaysia akan memperolehi +16.67 mata FIFA ranking, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 1,028.86 mata.

Malaysia menang keatas Indonesia

  • Pertambahan +11.21 mata FIFA ranking, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 1,040 mata.

Pasukan Vietnam pula, kekal berada dalam kelompok Top 100 dunia berdasarkan kedudukan semasa dimana skuad bimbingan Park Hang-seo itu kini menghuni tangga ke 94 dunia selepas berjaya mengutip 1,258 mata.

Bagi kedudukan teratas Asia pula, Jepun mengambil alih kedudukan dari Iran selaku pasukan terbaik dibawah AFC dengan kutipan 1,500 mata, manakala Malaysia pula berada di kedudukan ke 33.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Malaysia Berpeluang Untuk Menambah 3 Mata FIFA Ranking Sekiranya Menang Keatas Pasukan Tajikistan

16.67 Mata FIFA Ranking Bakal Menjadi Milik Malaysia Jika Mampu Tumpaskan Thailand Di Stadium Nasional Bukit Jalil

11 Mata FIFA Ranking Untuk Pasukan Malaysia Sekiranya Berjaya Tumbangkan Skuad Indonesia