FIFA baru sahaja membuat pengumuman rasmi kedudukan terbaru ranking FIFA bagi bulan Oktober 2019, dan Malaysia kekal berada di kedudukan 158 dunia dengan kutipan 1009 mata.

Malaysia mempunyai 2 perlawanan rasmi dalam bulan Oktober 2019 iaitu bertemu Sri Lanka dan Vietnam pada 5 dan 10 Oktober yang lalu. Untuk lebih butiran mengenai pengiraan mata bagi setiap perlawanan tersebut, sila rujuk dibawah;

1.Menang bertemu Sri Lanka:

  • Kemenangan besar 6-0 keatas Sri Lanka di Stadium Nasional Bukit Jalil telah berjaya menghasilkan pungutan mata sebanyak 1.832 mata.
  • Pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan pungutan mata FIFA ranking Malaysia kepada 1,016.57 mata, sebelum turun bertemu Vietnam.

2. Kalah bertemu Vietnam:

  • Tewas tipis 0-1 kepada Vietnam di Hanoi, Malaysia telah kehilangan sekitar 7.629 mata FIFA ranking.
  • Ini juga menjadikan jumlah pungutan keseluruhan Malaysia sehingga kini adalah sekitar 1,008.945 mata.

FIFA Ranking Thailand, Vietnam Dan Filipina Terus Melonjak

Skuad Vietnam, Thailand dan Filipina pula terus melonjak kedudukan mereka dalam kemaskini terbaru ini selepas berjaya mencatatkan keputusan yang memberangsangkan dalam perlawanan yang diadakan pada Oktober 2019.

Vietnam kekal sebagai pasukan ASEAN paling tinggi kedudukannya serta pasukan tunggal yang berada dalam Top 100 dunia di ranking ke 97, naik 2 anak tangga dengan pungutan 1,245 mata.

Pasukan Thailand pula berada di kedudukan 109, naik 5 anak tanga dengan kutipan 1,193 mata manakala Filipina naik 1 anak tangga ke kedudukan 126 dengan mengumpul 1,134 mata.

Pasukan Indonesia pula jatuh 4 anak tangga ke tempat 171 dunia dengan jumlah mata sebanyak 975 mata.

Peluang Malaysia Untuk Melonjak Berdepan Thailand Dan Indonesia

Malaysia mempunyai peluang yang besar bagi mempertingkatkan FIFA ranking apabila akan berdepan Thailand dan Indonesia pada 14 dan 19 November nanti.

Walau bagaimanapun, keutamaan pasukan Malaysia adalah untuk mengutip 3 mata penuh bagi setiap perlawanan tersebut untuk mencerahkan peluang layak ke pusingan ke 3 kelayakan Piala Dunia 2022.

Baca juga artikel lain mengenai bola sepak Asia yang kami sediakan untuk anda sebagai peminat bola sepak sejati.

Akira Nishino: Durasi Perlawanan Bola Sepak Di Negara Bukan ‘High Level’ Adalah Lebih Pendek

Vietnam Dibawah Park Hang-seo Masih Kekalkan Status ‘Unbeaten’ Dengan Negara ASEAN

Bawa Masuk ‘Messi Vietnam’ Sedap Bunyinya, Faedah Tidak Seberapa Dari Pengikut Instagram