Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dijatuhkan hukuman denda berjumlah RM211,560 selepas insiden kekecohan penyokong di Stadium Nasional Bukit Jalil ketika perlawanan pusingan 2 kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 tahun lalu.

FIFA mengambil tindakan itu keatas FAM disebabkan isu keselamatan di Stadium Nasional Bukit Jalil yang melanggar peraturan dalam artikel 16 dan 26, selepas Malaysia menewaskan Indonesia 2-0 pada 19 November 2019.

Screenshot 2020-01-08 at 11.30.43 AM

Jumlah denda yang dikenakan itu juga adalah untuk kesalahan berkaitan isu keselamatan kekecohan penyokong di Stadium selain turut diberikan amaran.

Selain itu, Malaysia turut diberikan amaran ketika

  • FIFA telah memberikan amaran kepada FAM selepas perlawanan bertemu UAE pada 10 September 2019.
  • Ketua jurulatih Malaysia, Tan Cheng Hoe tidak hadir ke sidang media selepas perlawanan di Hanoi dan telah diberikan amaran.

Screenshot 2020-01-08 at 11.39.28 AM

Manakala bagi pasukan Indonesia pula, PSSI telah didenda sebanyak CHF245,000 atau RM846,000 akibat kekecohan oleh penyokong mereka di Stadium Nasional Bukit Jalil selain diberikan amaran oleh FIFA.

Screenshot 2020-01-08 at 11.43.20 AMScreenshot 2020-01-08 at 11.44.00 AM Screenshot 2020-01-08 at 11.43.50 AM

Keputusan-keputusan ini telah diumumkan oleh FIFA secara rasmi pada 19 Disember 2019 melalui laman web mereka.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia lain yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Balingan Batu Hujani Ketibaan Penyokong Malaysia Di Stadium Gelora Bung Karno

PSM Sahkan 44 Kerusi Di Stadium Nasional Bukit Jalil Rosak Ketika Perlawanan Malaysia-Indonesia

FIFA Denda PSSI RM186,000 Berikutan Insiden Kekecohan Penyokong