FIFA pada Isnin berikrar untuk menyerahkan tambahan $19 juta setiap empat tahun kepada 211 persekutuan ahlinya jika badan induk bola sepak dunia itu berjaya dalam percubaannya untuk mengadakan Piala Dunia sebagai acara dwitahunan.

Pada Isnin, FIFA mengadakan sidang kemuncak global secara maya untuk membincangkan rancangannya yang sangat kontroversinya untuk mengadakan Piala Dunia setiap dua tahun sekali dan bukannya kitaran empat tahun sekali seperti sekarang ini.

Hujah ekonominya sebelum ini tidak dinyatakan secara jelas tentang manfaat daripada penganjuran 2 tahun sekali ini.

Tetapi FIFA berharap angka itu sekurang-kurangnya dapat memujuk negara yang lebih kecil untuk menyokong rancangan mereka mahukan Piala Dunia 2 tahun sekali.

Presiden FIFA, Gianni Infatino menyatakan: “Jika kita mahu generasi muda terus meminati bola sepak, kita perlukan Piala Dunia 2 tahun sekali.”

Jika Piala Dunia diadakan setiap dua tahun, laporan bebas oleh penyelidik pasaran di Nielsen, menganggarkan kira-kira $4.4 bilion hasil tambahan akan dijana dalam tempoh empat tahun.

Laporan itu juga menjangkakan bahawa pendapatan daripada kutipan tiket, hak media dan penajaan untuk kejohanan 48 pasukan — sebagaimana Piala Dunia dijangka bermula dari 2026 — boleh meningkat daripada $7 bilion kepada $11.4 bilion, peningkatan lebih daripada 60 peratus.

Dengan mewujudkan “Dana Perpaduan” kira-kira $3.5 bilion dalam empat tahun pertama kalendar yang diperbaharui, FIFA menganggarkan ia boleh memperuntukkan “sekitar $16 juta” kepada setiap persekutuan dalam tempoh tersebut.

Selain itu, FIFA juga merancang untuk meningkatkan pembiayaan melalui program FIFA Forward anjuran mereka, peningkatan sebanyak tiga juta dolar daripada enam juta dolar sekarang kepada sembilan juta.

Laporan yang dibentangkan oleh badan induk bola sepak Eropah UEFA baru-baru ini menganggarkan kerugian antara $2.8 sehingga $3.4 bilion dalam tempoh empat tahun ditanggung oleh persekutuan Eropah jika FIFA meneruskan rancangan kontroversinya.

Sementara itu, Forum Liga Dunia, yang mewakili 42 liga ahli di seluruh dunia, menganggarkan bahawa pertandingan domestik akan kehilangan $8.5 billion secara keseluruhannya – dari seluruh dunia – jika FIFA berjaya meneruskan rancangan mereka.

Menurut laporan bebas oleh Open Economics, dikongsi oleh FIFA pula menyatakan bahawa tidak wujud persaingan di antara acara domestik dengan acara FIFA.

Bagaimanapun, laporan itu tidak memajukan sebarang angka sebagai perbezaan.

Baca juga artikel

Xavi Tak Dapat Tidur Memikirkan Barca Terikat 1-1 Dengan Sevilla Walaupun Beraksi Cemerlang

Guardiola Sisihkan Foden Dan Grealish Sebab Pergi Kelab Malam Dan Tak Cukup Tidur

Willian Menyesal Sertai Arsenal: “Selepas 3 Bulan Saya Mahu Berambus”