Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dalam satu kenyataan rasmi mengumumkan penggantungan Persekutuan Bola Sepak Pakistan (PFF) daripada semua perlawanan dan pertandingan di peringkat antarabangsa berkuatkuasa serta-merta.

PFF digantung kerana FIFA mendapati terdapat campur tangan pihak ketiga dalam urusan pentadbiran badan induk itu.

“Pejabat PFF dan akaunnya akan berada di bawah pentadbir yang dilantik mahkamah, selepas didapati tidak menjalankan tanggungjawabnya untuk menguruskan hal ehwalnya secara bebas tanpa campur tangan pihak ketiga mengikut statut FIFA,” kata FIFA.

“Penggantungan itu akan ditarik semula sebaik pejabat PFF dan akaunnya dikembalikan kepada PFF,” kata kenyataan rasmi FIFA.

Selain itu, PFF juga tidak akan mendapat manfaat daripada program pembangunan dan latihan FIFA. Pakistan sebelum ini pernah digantung pada sebanyak dua kali disebabkan oleh campur tangan kerajaan. 

“Ini memalukan,” kata bekas pemain kebangsaan Pakistan, Aurangzeb Shahmir yang menyifatkan bola sepak Pakistan kini sedang melalui zaman kegelapan.

Pasukan itu kini berada di tangga ke 200 dalam kedudukan ranking FIFA. Kali terakhir mereka beraksi di peringkat antarabangsa ialah ketika seri 0-0 menentang Yaman dalam kelayakan Piala Dunia pada Mac 2015. Pakistan tidak pernah layak ke Piala Asia dan Piala Dunia.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah. 

Gol Junior Eldstal Benam Cabaran Buriram United, Bawa Chonburi Ke Final Thai FA Cup 2021

Penjaga Gol Utama Vietnam Tiba Di Jepun, Dang Van Lam Siap Sedia Beraksi Untuk Cerezo Osaka

Park Hang-seo Anggota Pertama Skuad Vietnam Terima Suntikan Vaksin COVID-19