Berikutan kekecohan di kalangan penyokong yang terjadi ketika perlawanan kempen kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 antara Indonesia menentang Malaysia, Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menjatuhkan denda ke atas Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI).

Berdasarkan satu perbicaraan yang berlangsung pada 4 Oktober lalu, Jawatankuasa Disiplin FIFA menjatuhkan hukuman kepada PSSI berupa denda sebanyak CHF 45.000 (RM186,000).

Badan induk bola sepak dunia itu menganggap PSSI melanggar Kod Disiplin FIFA (artikel 16) mengenai ketertiban dan keamanan ketika perlawanan yang berada di bawah kelolaan FIFA berlangsung.

FIFA

Penyokong Indonesia

Hukuman yang dijatuhkan oleh FIFA ini bermakna badan induk bola sepak Indonesia itu terlepas daripada hukuman yang lebih berat seperti beraksi tanpa penyokong atau beraksi di venue neutral.

“Benar. Setiausaha Agung PSSI dan Ketua Pegawai Keselamatan kami telah berhubung dengan FIFA bagi menjelaskan usaha kami untuk membendung kekecohan yang terjadi.

“Untuk kami, hukuman yang dijatuhkan tidak terlalu berat,” kata Gatot Widakdo menurut laporan Goal Indonesia.

FIFA

Syafiq Ahmad ketika beraksi menentang Indonesia. Sumber Gambar: FAM

Pada perlawanan yang dilangsungkan di Stadium Gelora Bung Karno 5 September lalu, Indonesia tewas dengan keputusan 3-2 dengan Mohamadou Sumareh berjaya menjaringkan gol kemenangan untuk pasukan negara.

Baca artikel lain mengenai kekecohan penyokong Indonesia di sini:

Warga Indonesia Ini Akui Penyokong Mereka ‘Darurat’ Hormati Pasukan Lawan, Fanatik Itu Boleh, Goblok Itu Jangan.

Saksikan Bagaimana Penyokong Indonesia Membaling Air Kencing Ke Arah Penyokong Malaysia

Dua Penyokong Malaysia Cedera Setelah Diserang Penyokong Indonesia

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group