Persekutuan bola sepak antarabangsa – FIFA baru saja mengumumkan tiga finalis untuk Pemain Lelaki Terbaik FIFA 2020 / FIFA Best.

Mereka adalah Cristiano Ronaldo, Lionel Messi dan Robert Lewandowski. Tiada tempat untuk pemain seperti Neymar dan Kevin De Bruyne pada kali ini.

Pemain Terbaik FIFA adalah anugerah tahunan yang diberikan kepada individu setiap tahun.

Sebelum ini, anugerah ini digabungkan dengan Ballon d’Or selama enam tahun. Dan mulai bergerak sendiri sejak 2016.

Ballon d’Or dibatalkan musim ini kerana isu kesihatan global.

Cristiano Ronaldo merupakaj pemenang pertama FIFA Best untuk kategori utama.

Musim lalu, Ronaldo berjaya menghasilkan total 37 gol dan tujuh assist dari 46 penampilan dan menyumbang trofi Scudetto untuk Juventus.

Sementara Messi mencatatkan 31 gol dan 27 assist dari 44 penampilan dengan tanpa sebarang trofi bersama Barcelona.

Lewandowski adalah calon utama untuk memenangi anugerah ini kerana berjaya memimpin Bayern Munich kepada kejayaan treble. Pemain berusia 32 tahun itu berjaya mencetak 55 gol dan 10 assist dari 47 perlawanan.

Ia adalah musim terbaik sepanjang hayat untuk Lewandowski.

Pada hari yang sama, FIFA juga mengumumkan finalis untuk beberapa kategori lain. Bermula dari Pemain Wanita FIFA hingga Anugerah Puskas FIFA.

Berikut senarainya:

Pemain Wanita Terbaik

Lucy Bronze (England / Olympique Lyonnais / Manchester City WFC)
Pernille Harder (Denmark / VfL Wolfsburg / Chelsea FC Wanita)
Wendie Renard (Perancis / Olympique Lyonnais

Pemain Lelaki Terbaik

Cristiano Ronaldo (Portugal / Juventus FC)
Robert Lewandowski (Poland / FC Bayern München)
Lionel Messi (Argentina / FC Barcelona)

Penjaga Gol Terbaik (W)

Sarah Bouhaddi (Perancis / Olympique Lyonnais)
Christiane Endler (Chile / Paris Saint-Germain)
Alyssa Naeher (Bintang Merah Amerika Syarikat / Chicago)

Penjaga Gol Terbaik (L)

Alisson Becker (Brazil / Liverpool FC)
Manuel Neuer (Jerman / FC Bayern München)
Jan Oblak (Slovenia / Atlético de Madrid)

Jurulatih Pasukan Wanita Terbaik

Emma Hayes (Wanita England / Chelsea FC)
Jean-Luc Vasseur (Perancis / Olympique Lyonnais)
Sarina Wiegman (pasukan kebangsaan Belanda / Belanda)

Jurulatih Pasukan Lelaki Terbaik

Marcelo Bielsa (Argentina / Leeds United FC)
Hans-Dieter Flick (Jerman / FC Bayern München)
Jürgen Klopp (Jerman / Liverpool FC)

Anugerah Puskas

Giorgian De Arrascaeta (Uruguay) – Ceara SC vs CR Flamengo (Brasileirao – Brazil, 25 Ogos 2019)
Son Heung Min (Korea Selatan) – Tottenham Hotspur vs Burnley (Liga Perdana Inggeris – 7 Disember 2019)
Luis Suarez (Uruguay) – Barcelona vs Mallorca (La Liga – Sepanyol, 7 Disember 2019)

Baca juga perkembangan lain

EPL: Bruno Fernandes Yakin Manchester United Mampu Juara Musim Ini

Penyerang Antarabangsa Poland, Lewandowski Mahu Klaim Ballon d’Or Musim Ini

Messi: Diego Itu Eterno, Saya Tak Akan Pernah Mampu Jadi Sepertinya, Jauh Sekali