Robert Lewandowski, Lionel Messi dan Mohamed Salah telah diumumkan sebagai 3 finalis bagi merebut anugerah Pemain Lelaki Terbaik FIFA Best.

Bintang Poland, Lewandowski memenangi anugerah FIFA Best tahun lalu tetapi terpaksa berpuas hati di tempat kedua dalam acara Ballon d’Or 2021 di belakang Messi yabng menjadi pemenang anugerah itu untuk rekod kali ketujuh.

Cristiano Ronaldo telah diketepikan daripada senarai pendek tiga pemain pada Jumaat untuk anugerah pemain terbaik FIFA Best untuk 2021, dengan Mohamed Salah calon ketiga menggantikannya.

Majlis anugerah itu akan diadakan secara maya dari ibu pejabat FIFA di Zurich pada 17 Januari ini.

Alexia Putellas, dan rakan sepasukan di Barcelona, ​​Jennifer Hermoso dan penyerang Chelsea dari Australia, Sam Kerr adalah finalis untuk anugerah Pemain Wanita Terbaik FIFA. Ketiga-tiga mereka juga merupakan tiga pemenang undian teratas untuk Ballon d’Or.

Pemenang akan merampas anugerah itu dari Lucy Bronze dari England, yang menjadi pemenang dalam acara FIFA Best 21.

Manuel Neuer, Gianluigi Donnarumma dan Edouard Mendy berada dalam pencalonan untuk anugerah penjaga gol lelaki terbaik.

Manakala Roberto Mancini, Thomas Tuchel dan Pep Guardiola adalah tiga calon untuk jurulatih lelaki terbaik.

Lluis Cortes, yang mengetuai pasukan wanita Barcelona merangkul treble musim lalu, akan menentang jurulatih Chelsea, Emma Hayes dan Sarina Wiegman, untuk perebutan anugerah jurulatih wanita terkemuka.