Robert Lewandowski sekali lagi berjaya menewaskan Lionel Messi dalam anugerah Pemain Terbaik FIFA 2021. Ini adalah gelaran kedua berturut-turut diraih Lewandowski dalam FIFA Best.

Lewandowski menjadi pemenang selepas menewaskan Lionel Messi dan Mohamed Salah sebagai tiga calon terbaik kali ini. Sebelum ini Lewandowski tewas di tangan Messi dalam perebutan Ballon D’or.

Musim lalu, Penyerang Bayern Munich dan Poland itu menewaskan Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi untuk anugerah tersebut.

Lionel Messi dianggap calon pilihan selain daripada Lewandowski selepas berjaya membantu Argentina memenangi Copa America sebelum ini.

Penyerang Bayern itu berjaya menjaringkan 51 gol dalam 45 perlawanan untuk kelab dan negara sepanjang 2021. Membantu Bayern memenangi Piala Dunia Kelab FIFA pada Februari 2021. Serta memenangi gelaran Bundesliga pada tahun yang sama.

Selain itu, Lewandowski juga memegang rekod sepanjang zaman Bundesliga dengan menjaringkan 41 gol dalam 29 perlawanan. Bekas penyerang Borussia Dortmund itu melepasi rekod Gerd Muller, iaitu 40 gol dalam 34 perlawanan yang dicatatkan pada musim 1971/72.

Dalam ucapannya, Lewandowski berkata: “Terima kasih banyak-banyak. Saya sangat berbesar hati untuk memenangi trofi ini dan berasa bangga.”

“Saya tahu ia milik rakan sepasukan dan jurulatih saya juga. Kami semua bekerja keras untuk memenangi perlawanan. Ia sangat istimewa untuk bekerja dengan orang sekeliling saya,”

“Saya tidak pernah bermimpi untuk memecahkan rekod tersebut [Gerd Muller]. Untuk menjaringkan 41 dalam 29 perlawanan – jika anda bertanya kepada saya beberapa tahun yang lalu jika mungkin saya akan memberitahu anda ia adalah mustahil.”

“Saya juga memberitahunya terima kasih Gerd Muller telah menetapkan banyak rekod dan bagi saya ia sentiasa menjadi langkah seterusnya untuk mencuba dan memecahkannya.”

Sementara untuk penjaga gol terbaik, Edouard Mendy berjaya menyingkirkan Donnarumma.

Namun agak malang bagi Salah dan Mendy. Walaupun Mendy memenangi Anugerah Penjaga Gol Terbaik dan Salah berada dalam 3 Finalis untuk Pemain Terbaik FIFA, tetapi kedua duanya gagal dalam senarai FIFPPRO XI yang diundi dari kalangan pemain profesional.

Berikut adalah kesebelasan FIFPRO kali ini dengan formasi 3-3-4.

Untuk kategori jurulatih terbaik, Thomas Tuchel menewaskan Roberto Mancini dan Pep Guardiola.