Penyerang sensasi Poland dan Bayern Munich, Robert Lewandowski berjaya menewaskan Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo untuk memenangi anugerah Pemain Terbaik Dunia – FIFA Best 2020.

Anugerah itu diumumkan oleh Gianni Infantino. Trofi FIFA Best itu disampaikan kepada pemenang Pemain Terbaik Dunia 2020 yang hadir di pentas yang berasingan.

Robert Lewandowski berjaya menyingkirkan dua pesaing utamanya, Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo. Dan beliau memang dianggap sebagai calon utama untuk menang anugerah tersebut.

Ini kerana Robert Lewandowski telah menjadi mesin gol yang membantu Bayern Munich memenangi treble pada musim lalu,

Lewandowski menjaringkan 55 gol dan 10 assist dari 47 penampilan dalam semua pertandingan untuk Bayern Munich.

Dan berikut adalah senarai Kesebelasan Dunia Fifpro 2020 yang dikuasai oleh Bayern Munich dan Liverpool.

  • Alisson Becker
  • Trent Alexander Arnold
  • Virgil Van Dijk
  • Sergio Ramos
  • Alphonso Davies
  • Kevin De Bruyne
  • Thiago
  • Joshua Kimmich
  • Lionel Messi
  • Cristiano Ronaldo
  • Lewandowski

Bagi jurulatih terbaik pula milik pengurus Liverpool, Jurgen Klopp yang membantu Liverpool menamatkan kemarau 30 tahun kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Anugerah FIFA Best tahun ini terus dijalankan dengan SOP khas. Sementara itu Ballon d’Or seperti yang kita semua sedia maklum, tidak dianjurkan kerana pandemik yang melanda.

FIFA Best dan Ballon d’Or berpisah sebagai dua acara berbeza sejak beberapa tahun lalu.

Baca juga perkembangan lain

TERKINI: FA Dapati Cavani Bersalah Atas Status IG Berbaur Rasis

Mourinho: Pasukan Terbaik Kalah, Liverpool Tak Seperti Juara England, Eropah Atau Juara Dunia

Walcott Melihat Arsenal Ketakutan Menentang Mereka, Dan Jelaskan Kenapa Dia Meraikan Gol