Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) memberikan amaran kepada FA Thailand bahawa mereka berdepan risiko hukuman berat sekiranya pemilihan FA Thailand yang dijadualkan pada 12 Febuari 2020 ini tidak dijalankan dengan bebas.

Ini adalah berpunca dari konflik dalam FA Thailand diantara penyandang jawatan presiden Somyot Poompanmoung dan bekas presiden Worawi Makudi.

Worawi Makudi telah dibuang dari senarai calon sebelum ini kerana beliau terlibat dengan skandal rasuah FIFA semasa berkhidmat di FA Thailand.

Kemudian, beliau mengecam kembali Somyot Poompanmoung atas tuduhan memberi rasuah jutaan dolar melalui hak penyiaran Thai League selain menghantar permintaan kepada Sports Authority of Thailand (SAT) untuk memecat presiden Somyot Poompanmoung.

85166279_2520057591566672_1246633091095592960_n

Satu ‘screenshot’ surat dari FIFA yang dikirim oleh seorang wartawan sukan Thailand kepada kami.

Insiden ini telah melanggar peraturan yang ditetapkan oleh FIFA, dimana FIFA menghalang penglibatan pihak ke-3 dalam pemilihan badan bola sepak dibawah naungannya.

Dan jika perkara ini berlaku, FA Thailand berdepan risiko dijatuhkan hukuman penggantungan dari menyertai mana-mana pertandingan bola sepak antarabangsa seperti yang pernah diterima PSSI pada tahun 2015 yang lalu.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Lihat Bagaimana Majlis Pelancaran Pasukan ‘Hijau Kuning’ Indonesia Diadakan Didepan 50,000 Orang Penyokong

Semua Perlawanan Liga Super Dan Piala Malaysia LIVE, Pakej Tontonan Bermula Serendah RM3 Satu Perlawanan

PSSI Batal ‘Deal’ Dengan Warrix Dari Thailand, Pilih Jenama Tempatan Pembekal Jersi Skuad Kebangsaan

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group