Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino mahu memperkenalkan “robot penjaga garisan” di Piala Dunia 2022, Qatar yang bakal berlangsung pada bulan November ini.

Robot tersebut merupakan sistem pengesan ofsaid separuh automatik dan kini berada di peringkat percubaan. Sistem ini menggunakan 10 kamera untuk mengesan 29 titik di badan setiap pemain,

Dengan ujian terhadap teknologi itu berhasil mengesan kesalahan ofsaid lebih pantas berbanding sistem sedia ada.

Menurut laporan Doha News, penggunaan sistem baharu itu dijangka dapat diputuskan dalam masa terdekat dalam mesyuarat bersama Badan Undang-Undang Bola Sepak Antarabangsa (IFAB) di Qatar.

Jika tiada halangan untuk memperkenalkan sistem itu, perlawanan pembukaan Piala Dunia 2022 diantara England menentang Iran akan menyaksikan penjaga garisan robot digunakan.

Bagaimanapun keputusan hanya akan dibuat selepas FIFA meneliti kesemua data daripada perlawanan-perlawanan ujian sebelum ini.

Ketua pengadil FIFA, Pierluigi Collina menegaskan pengadil utama dan pembantu tetap dipilih dalam kalangan manusia bukan robot.

“Pengadil dan pembantu masih bertanggungjawab untuk keputusan di atas padang.

“Teknologi hanya memberikan sokongan kepada mereka untuk membuat keputusan lebih pantas dan tepat, terutama dalam keputusan ofsaid yang begitu tipis dan sukar,” jelas Pierluigi.

Piala Dunia Qatar 2022 akan menyaksikan sejarah baharu apabila akan menggunakan khidmat pengadil wanita. Daripada 36 pengadil dari seluruh dunia, 3 pengadil wanita telah dipilih iaitu Stephanie Frappart, Yoshimi Yamashita dan Salima Mukansanga.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak dunia melalui pautan dibawah.

Lionel Messi Perlukan Tiga Gol Lagi Untuk Menyamai Rekod Mokhtar Dahari

Liverpool Sedia Tewaskan Manchester United Untuk Menandatangani Darwin Nunez

UNL: Belgium Dimalukan Belanda Di Hadapan Penyokong Sendiri