Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah mengarahkan pasukan bermasalah, Kelantan untuk membayar tuntutan dari bekas pemain import mereka sebelum ini Cassio Francisco de Jesus berjumlah USD145,944.60 atau sekitar RM631,000.

Cassio de Jesus yang tiba di Kelantan dari pasukan Semen Padang, telah beraksi selama 2 musim bersama pasukan The Red Warriors sebelum kembali beraksi dalam saingan liga Indonesia bersama Barito Putera.

Skuad Kelantan dijangka berdepan kesukaran untuk menjelaskan bayaran yang melebihi setengah juta ringgit itu kerana pasukan itu memang tidak mempunyai dana selain masih berhutang dengan pemain-pemain sedia ada seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Kegagalan untuk menjelaskan tuntutan itu akan mengakibatkan pasukan Kelantan bakal terkubur, kerana bakal berdepan hukuman berat penggantungan dari pihak Jawatankuasa Disiplin FIFA.

Kelantan dijangka bakal menerima hukuman penggantungan sama seperti yang berlaku kepada pasukan Perlis sebelum ini.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami sediakan untuk anda.

VFF Beri Bayangan Philippe “Omar” Troussier Bakal Mengisi Jawatan Pengarah Teknikal Skuad Bola Sepak Vietnam

FAM Dapat Surat Kelulusan Daripada FIFA, Liridon Krasniqi Kini Layak Sarung Jersi Harimau Malaya

Ho Chi Minh City FC Mahu Gandingkan Anak Rivaldo Dengan Nguyen Cong Phuong, Atur Tawaran Kedua