Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Gergasi bola sepak Thailand, Buriram United kini gembira apabila FIFA telah mengarahkan kelab dari Belgium, Anderlecht untuk menjelaskan bayaran ‘komisen’ selepas menjual Frank Acheampong ke Tianjin Teda.

Mengikut laporan media di Thailand, Buriram United akan mendapat hak mereka sebanyak €525,000 (€375,500 dan €49,500 faedah) atau sekitar RM2.56 juta dari penjualan pemain yang berasal dari Ghana itu ke kelab CSL pada 2017.

Frank Acheampong merupakan pemain remaja Buriram United sebelum beraksi dengan skuad senior sekitar tahun 2011 hingga 2013. Pemain ini pernah juga dijemput untuk menyertai sesi percubaan dengan pasukan Celtic pada 2012.

Musim 2013, Frank Acheampong menyertai Anderlecht secara pinjaman sebelum secara rasmi menjadi milik pasukan dari Belgium itu beberapa bulan kemudia apabila mempamerkan prestasi yang memuaskan.

Sekitar Julai 2017, pemain itu menyertai Tianjin Teda secara pinjaman sebelum menandatangani kontrak penuh pada November tahun yang sama. Dan perpindahan inilah yang dikatakan telah mengaktifkan 1 klausa dimana Buriram United akan menerima komisen hasil penjualan Frank Acheampong dari Anderlecht.

Inilah ‘perniagaan’ dalam konteks perpindahan pemain-pemain bola sepak didunia yang perlu kita faham dan mungkin suatu hari nanti akan berlaku dengan lebih meluas dalam liga domestik kita.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

Tonton Video Irvin Cardona Sumbat Gol Gaya ‘Shaolin Soccer’, Hikmat Tendangan Bola Diatas Angin

Sebuah Pasukan Sedang Giat ‘Recce’ Potensi Untuk Memiliki ‘Feeder Club’ Bagi Musim 2021

Khalid Ali: Perpindahan Sumareh Ke Police Tero FC Sekadar Satu Persinggahan, Tempoh Bertenang Sebelum Ke Pasukan Lain

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group